INSPIRASIKAN DAN MOTIVASIKANLAH HIDUP ANDA UNTUK MENCAPAI TUJUAN DAN CITA-CITA HIDUP YANG ANDA INGINKAN. JANGAN JADIKAN DUGAAN, CUBAAN DAN RINTANGAN MEMATAHKAN SEMANGAT ANDA

MENGAPA BEGINI SUDAHNYA...

>> Wednesday, March 17, 2010

Kealpaan dan Kesibukan dengan kerja dalam suasana yang penuh mencabar, membuatkan masyarakat kita sering kali lupa dengan tanggungjawab yang seharusnya dilakukan bermula dengan niat yang sempurna. Namun, mengapa begini sudahnya...

Jika kita berhasrat untuk menggapai sesuatu kejayaan dunia atau ketenangan akhirat, memperbetulkan niat adalah yang paling utama dan patut dititikberatkan dalam perbuatan harian. Ini kerana, ianya dpat menghalang sesuatu tindakan yang kurang baik dari sudut pandangan masyarakat.

Seorang insan yang bergelar sebagai manusia, seharusnya insaf dengan keadaan diri yang belum pun penuh dengan sifat kesempurnaan. Natijah inilah yang selalu digunapakai oleh sesetengah masyarakat kita pada hari ini.

Orang akan berkata, apabila melakukan sesuatu itu.. lakukanlah dengan niat yang baik dan jangan sesekali merosakkan orang lain, mengecewakan harapan orang lain atau meninggalkan kesan negatif yang mendalam pada diri orang lain.

Mengapa begini kesudahannya apabila kita telah mula melangkah jauh seinci daripada kedudukan asal, mengapa orang selalu lupa akan sejarah pada awalnya, mengapa orang selalu alpa, mengapa orang selalu memutarbelitkan fakta, mengapa orang selalu mengejar sesuatu yang sukar.... apakah inilah kesudahannya setelah sekian lama berjihad kepada yang satu?

wallahualam...

0 comments:




About This Blog




Lorem Ipsum



  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP