INSPIRASIKAN DAN MOTIVASIKANLAH HIDUP ANDA UNTUK MENCAPAI TUJUAN DAN CITA-CITA HIDUP YANG ANDA INGINKAN. JANGAN JADIKAN DUGAAN, CUBAAN DAN RINTANGAN MEMATAHKAN SEMANGAT ANDA

MASYARAKAT SABAH ASASNYA..

>> Sunday, March 21, 2010

Masyarakat Sabah sebenarnya terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama. Namun, sifat permuafakatan itulah menjadikan masyarakat Negeri di bawa bayu terus hidup dalam keadaan aman dan damai. Keadaan seperti inilah yang menjadi satu kesepaduan yang diharapkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan jantina.

Disebalik daripada kehidupan harmoni yang dikecapi oleh Masyarakat Sabah pada hari ini. Terdapat segelintir pihak yang seolah-olah cuba untuk memperkecil-kecilkan atau mengambil kesempatan terhadap kelemahan yang ada. Ini kerana, anggapan masyarakat luar bahawa Masyarakat Sabah sebenarnya masih jauh ketinggalan berbanding dengan mereka. Justeru itulah, mereka andaikan bahawa Masyarakat Sabah kurang berpendidikan dan membuka ruang untuk mereka mengambil kesempatan yang ada.

'Pertahankan maruah Masyarakat Sabah' itulah ungkapan yang terlontar daripada bibir setiap Masyarakat Sabah apabila mendapati sesuatu perkara diperjuangkan tetapi dipersendakan oleh pihak lain.

Natijahnya, Masyarakat Sabah adalah satu masyarakat yang bertamadun tinggi berbanding masyarakat luar. Ini kerana, sifat dan sikap toleransi diantara masyarakat ini menjadikan Negeri Sabah sebagai syurga kepada semua yang berkunjung ke sini.

0 comments:




About This Blog




Lorem Ipsum



  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP