INSPIRASIKAN DAN MOTIVASIKANLAH HIDUP ANDA UNTUK MENCAPAI TUJUAN DAN CITA-CITA HIDUP YANG ANDA INGINKAN. JANGAN JADIKAN DUGAAN, CUBAAN DAN RINTANGAN MEMATAHKAN SEMANGAT ANDA

TAHNIAH BUAT SKUAD BOLA SEPAK NEGARA

>> Monday, December 14, 2009


TAHNIAH....


Itu merupakan ungkapan sesuai kepada skuad bola sepak negara yang berjaya menewaskan tuan rumah Laos separuh akhir dalam temasya sukan sea pada tahun ini. Namun begitu, kekebalan dan semangat kesukanan yang tinggi perlu diterapkan dalam diri setiap pemain tersebut agar skuad negara tidak lagi dilanda kontroversi seperti sebelumnya.


Kemenangan 3-1 menewaskan Laos merupakan tiket untuk menempah perlawanan akhir menentang Vietnam, kali terakhir pada tahun 1989 Malaysia menjuarainya ialah ketika temasya sukan tersebut diadakan di Kuala Lumpur.


Buat Skuad Negara, Ayuh buktikan kata-kata keramat negara 'MALAYSIA BOLEH'

Read more...

titipan : ETIKA PENULISAN BLOG

>> Thursday, December 10, 2009

Salam Satu Malaysia...

Dalam membuat satu penulisan blog di era globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Berikut terdapat kod etika penulisan blog yang patut dipatuhi oleh semua penulis blog seperti yang disarankan oleh Dato' Seri Perdana Menteri dalam kenyataan blog 1Malaysia semalam.

1. Jujur dan adil dalam mendapatkan, melaporkan dan menginterpretasi maklumat.

2. Dilarang sekali menciplak.

3. Mengenalpasti dan membuat pautan pada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan.

4. Tidak dibenarkan menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat atau sahih dan setiap penyiaran atau penerbitan maklumat yang boleh dipersoalkan, justeru semua maklumat perlulah diperjelaskan akan keraguan tentang maklumat disiarkan.

5. Membuat perbezaan antara sokongan, komentar dan maklumat berdasarkan fakta benar.

6. Mengakui sekiranya melakukan kesilapan dan perlu memperbetulkan segera kesilapan tersebut bagi mengelakkan kesangsian atau permasalahan.

7. Memperlihatkan citarasa yang baik dan perlu mengelakkan daripada memenuhi kehendak rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensai.

Berdasarkan maklumat diatas, adalah wajar kepada kita semua penulis blog untuk memikirkan sesuatu sebelum membuat sebarang ulasan atau penulisan agar tidak menimbulkan masalah yang boleh memporak-perandakan masyarakat.

Read more...

SALAM 'AIDIL ADHA' DAN JEMPUTAN KENDURI PADA RAYA KE-6

>> Wednesday, November 25, 2009


Di hari yang mulia ini, sepuluh jari disusun bertitipkan ucapan 'SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA' buat semua umat islam di Kg. Marasinsim, Kota Marudu / Pitas dan seluruh rakyat Malaysia.

Untuk mengimbas kembali rentetan berkenaan 'Aidil Adha', banyak sejarah dan peristiwa yang telah berlaku sehingga hari ini. Namun begitu, terdapat satu persoalan yang wajib kita fikirkan pada masa kini iaitu, mengapa apabila bermulanya musim haji kali ini hujan lebat di makkah dan banjir di jeddah ? jawapannya.... kita fikirlah sendiri, kerana jika kita olah atau bincangkan terlalu banyak fakta dan ulasan yang boleh melebihi daripada 1001 jawapan.

Justeru, SALAM AIDILADHA dititipkan sekali lagi.
* Nota ; Semua dijemput hadir

pada Hari Raya AidilAdha ke-6
tarikh : 02 Disember 2009
masa : 03.00 petang
di : teratak 'MARASINSIM VILLA'

Read more...

TERUJA 'PESTA JAGUNG 2009'

>> Thursday, November 19, 2009

Ketika saya melangkah masuk Lif yang terdapat di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah yang terletak di Kota Kinabalu. Saya teruja dan terharu apabila saya mendengar sambutan daripada warga penjawat awam persekutuan dan negeri yang ingin berkunjung ke Daerah Kota Marudu pada 21 dan 22 November 2009 ni.

Antara intipati kandungan perbualan yang asyik kita dengar sekarang ialah berkenaan 'PESTA JAGUNG 2009'. Rata-rata orang perseorangan yang saya temui, semuanya rasa seronok apabila dapat pelepasan jabatan untuk bersama-sama menjayakan program tersebut, walaupun di buat di luar Daerah Kota Kinabalu.

Apapun, syabas dan tahniah kepada semua warga Kompleks Persekutuan, Badan Berkanun dan Pentadbiran Negeri kerana memberi kebenaran kepada penjawat awam bersama-sama memeriahkan 'PESTA JAGUNG 2009' di Kota Marudu.

Read more...

BILA RAMAI JADI GENIUS

>> Friday, November 13, 2009



Apabila kita leka dengan keadaan semasa dan mempunyai pemikiran yg terlebih genius, beginilah keadaannya.

Read more...

CADANGAN : KENAKAN HUKUMAN BERAT KEPADA PEMILIK ATAU PENJUAL VCD HARAM

>> Tuesday, November 10, 2009




Pada hari ini, terdapat beberapa kelemahan tentang Akta Hak Cipta 1987 yang patut kita perbaiki dan perbetulkan. Ini kerana, setiap perkara berhubung Hak Cipta adalah perlu diteliti dan diperhalusi mengikut keadaan semasa.

Jika kita melihat atau memerhatikan tentang keadaan persekitaran Bandaraya Metropolitan Kuala Lumpur atau Bandaraya Kota Kinabalu, terdapat beberapa orang penjual VCD Haram selalu mengunjungi pelanggan sama ada tengah membeli-belah atau yang sedang menikmati makan malam semata-mata menjual VCD cetak rompak atau Haram mereka. Perkara sebegini adalah menjijikkan kepada masyarakat, budaya kita dan pelancong asing.

Oleh itu, cadangan mengenakan tindakan lebih berat kepada mereka yang menjual dan memilikinya adalah perlu dan harus dibuat kajian semula agar perkara sama tidak berlaku lagi. Terutama, berhubung VCD Haram yang termasuk dalam Akta Hak Cipta 1987. Iaitu, menerangkan hanya individu yang memiliki tiga keping atau lebih VCD haram akan dikenakan tindakan undang-undang. Di dalam akta sekarang, sekiranya seseorang itu memiliki sekeping VCD haram tidak salah, tetapi jika memiliki lebih daripada tiga keping baru boleh diambil tindakan.

Persoalannya, bagaimanakah undang-undang yang ada boleh menyekat perkara ini? Justeru, adalah wajar jika Kerajaan membuat kajian semula tentang Akta ini kerana kita tidak mahu satu hari nanti teknologi lebih maju ke hadapan daripada undang-undang sedia ada dan jika ini berlaku bermakna undang-undang tidak dapat menyekat VCD Haram.

Semoga dalam sesi persidangan parlimen tahun depan perkara ini dapat diketengahkan dan dibahaskan.

Read more...

JEMPUTAN KE PESTA JAGUNG 2009 KOTA MARUDU, SABAH

>> Friday, November 6, 2009



Jemputan Kepada ;

1. Semua Warga Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah
2. Semua Warga Universiti Malaysia Sabah
3. Semua Warga Universiti Teknologi Mara
4. Semua Warga Politeknik Kota Kinabalu, Sabah

Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan Pesta Jagung 2009 yang diadakan di Daerah Kota Marudu, Sabah pada 20-22 November 2009.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP