INSPIRASIKAN DAN MOTIVASIKANLAH HIDUP ANDA UNTUK MENCAPAI TUJUAN DAN CITA-CITA HIDUP YANG ANDA INGINKAN. JANGAN JADIKAN DUGAAN, CUBAAN DAN RINTANGAN MEMATAHKAN SEMANGAT ANDA

HATI SEORANG YANG BERGELAR ANAK

>> Friday, July 14, 2017

Di sebuah kampung, tinggalah sebuah keluarga yang teramatlah miskin.Keluarga itu terdiri daripada seorang ibu yang telah hampir uzur bernama Mak Lamah serta dua anaknya yang bernama Malik dan Adi. Malik merupakan anak sulung yang berumur 14 tahun. Mak Lamah telah kehilangan suaminya sejak Malik dilahirkan. Suaminya itu meninggal dunia kerana telah terjatuh dari sebuah bangunan yang tinggi ketika sedang menjalankan tugas membuat bangunan. Mak Lamahlah yang menyara kehidupan mereka sekeluarga walaupun beliau telah hampir uzur.


            “Mak, sedap sungguh sarapan pagi ini!” kata Malik sambil memakan ubi kayu bercecah semangkuk garam. “Malik, sebentar lagi sekolah akan bermula jadi kamu mesti bergegas ke sekolah.” kata Mak Lamah.Kemudiannya,emak Malik menghulurnya wang saku sebanyak empat puluh sen. Walaupun Malik malu dengan jumlah wang yang diberikan ,namun Malik tetap mengeraskan hatinya untuk lebih memahami kesusahan hidup mereka.

            Pada suatu pagi ketika Malik sampai ke pintu pagar sekolah, tiba-tiba sekumpulan pelajar nakal menyergah ke arah Malik lalu mengugutnya agar menghulurkan kesemua wang sakunya. Malik tetap tabah menghadapi segala dugaan tersebut walaupun telah kerap kali dia diugut oleh mereka. “ Macam biasa, duit mana? ” tanya salah seorang daripada ahli kumpulan pelajar nakal tersebut. “ sa..saya bawa dua puluh sen sahaja hari ini” kata Malik. Walaupun jumlah wang tersebut hanya sedikit namun mereka tetap berkeras hati untuk mengambilnya.

            Ketika waktu rehat, semua pelajar bergegas ke kantin untuk membeli makanan. Namun Malik duduk berseorangan di sebuah pondok berdekatan dengan kantin tersebut. “ Hai..apalah malang nasibku, telah kerap kali wangku dirampas” bisik hati Malik. Air mata perlahan-lahan turun mencucuri pipinya. Pelajar-pelajar yang melintasi di pondok itu semuanya mentertawakan Malik. Malik tetap menguatkan hatinya. Dengan sedih bercampur hibah Malik berjalan perlahan-lahan ke arah sebatang paip. Malik lalunya menghirup air paip tersebut perlahan-lahan sambil melinangkan air matanya. .Malik telah beberapa kali menghirup air paip itu walaupun perutnya sering sakit memulas-mulas kerana terminum air paip itu. Walaupun dalam kepayahan itu namun Malik tetap menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan guru-guru serta ibunya kerana takut akan dibuli oleh rakan-rakan yang nakal itu.

            Pada suatu ketika Malik pulang dari sekolah ibu serta adiknya tidak berada di rumah. Malik memanggil ibu serta adiknya sambil mencari mereka namun kelibat mereka tidak kelihatan. Malik mula merasa bimbang. “ Ibu…ibu… ?” suara Malik kedengaran lebih kuat. Namun suaranya tidak disahut oleh ibu ataupun adiknya. Malik mula merasa bingung. Setelah satu menjelang senja ibu serta adik Malik masih belum pulang lagi. Hari semakin gelap dan diselubungi oleh suasana suram dengan hujan yang sudah mula turun. “ Oh, Tuhan apalah malangnya nasibku ini, sudahlah ditinggalkan ayah, ibu dan adik juga telah hilang, “ demikian keluhan hati Malik.

            Sambil memikirkan ibu serta adiknya Malik akhirnya telah tertidur di atas tangga rumah kerana keletihan.  Tanpa disedari di dalam tidurnya air mata Malik telah bergenang di pipinya. Setelah menjelang malam Malik telah tersedar apabila tubuhnya telah digoncang oleh seseorang. Apabila membuka matanya rupa-rupanya sekujur tubuh yang berada di sisinya ialah ibu serta adiknya. Sambil meraung kesedihan Malik telah memeluk ibu serta adiknya. “Sampai hati ibu meninggalkan Malik sendirian,” kata Malik sambil menangis tersedu-sedu. Ibu Malik sangat terharu dengan kata-kata Malik. “Ibu minta maaf kepada Malik kerana telah meninggalkan Malik sendirian tanpa pesan.” Kata ibu Malik. Ibu Malik menjelaskan bahawa pada siang tadi ibu terpaksa membawa adik ke klinik kerana sakit. Ibu terpaksa berjalan kaki sejauh  enam kilometer semata-mata untuk mendapatkan rawatan kepada adik yang sakit. Tanpa wang belanja ibu terpaksa meredah kepayahan berjalan kaki sejauh enam kilometer. Walaupun dalam keadaan payah namun ibu berusaha untuk menyembunyikan perasaannya. “Malik, adikmu sakit dan perlukan makanan serta susu.” Keluh ibu dengan perasaan sangat sedih. Sambil mengusap air mata di pipi ibunya Malik memberitahu kepada ibunya bahawa di belakang rumah mereka ada sebuah tin buruk yang disimpannya sekian lama telah dipenuhi dengan duit siling yang telah diberikan sejak arwah ayahnya masih hidup. Duit tersebut adalah hasil daripada simpanannya sejak sekian lama. “Ibu, sebenarnya selama ini Malik tidak pernah menggunakan wang yang ibu serta ayah beri dulu tetapi sebaliknya duit itu Malik telah simpan di belakang pokok pisang sebagai duit belanja apabila ditimpa kesusahan.” Ibu Malik sangat terharu mendengar cerita Malik bahawa selama ini rupanya Malik hanya menghirup air paip di sekolah semata-mata untuk mahu mebantu kemiskinan keluarganya. Ibu Malik tidak henti-henti menitiskan air matanya sambil memeluk Malik. “Oh, Tuhan hamba bersyukur ke hadratmu kerana telah memberikan anak yang berhati mulia ini.”


Apabila mengenangkan semula peristiwa itu tanpa Malik sedari air mata di pipinya akan jatuh menitis. Kini, Malik bukan lagi seorang budak miskin tetapi telah menjadi seorang jutawan yang sangat budiman. Sikap Malik yang dermawan telah menjadikan namanya menjadi sebutan.

0 comments:




About This Blog




Lorem Ipsum



  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP