INSPIRASIKAN DAN MOTIVASIKANLAH HIDUP ANDA UNTUK MENCAPAI TUJUAN DAN CITA-CITA HIDUP YANG ANDA INGINKAN. JANGAN JADIKAN DUGAAN, CUBAAN DAN RINTANGAN MEMATAHKAN SEMANGAT ANDA

CATATAN JOM KE SABAH 2017

>> Friday, July 14, 2017


Ke sabah ke kita? fe-feeling nak tulis macam program tv wak doyok ke korea ke kita? di sebabkan ini entry cuti-cuti di dalam Malaysia iaitu Sabah Negeri DI Bawah bayu jadi amatlah tidak wajar untuk menggunakan trademark. Jadi secara rasminya untuk entry ini saya hanya akan menggunakan ayat Sabah Trip : jom ke Sabah bah!
Bersama rakan-rakan di Kota Kinabalu

Bagaimana cara untuk ke Bandar Kota Kinabalu

Di sini ada dua terminal lapangan terbang Antarabangsa dan Domestik dan selalunya naik Air Asia akan turun ke Lapangan terbang 2, Setibanya anda di lapangan terbang kota kinabalu boleh pergi ke KK dengan menaiki Teksi, Bas Mini bagi yang berduit mungkin kereta terus menjemput ke Hotel.


Tempat Tinggal / Penginapan di Sekitar Kinabalu

Pilihan penginapan bergantung kepada bajet yang ada daripada semewah alam sehinga hotel budget, ada pelbagai pilihan Hotel bajet, hotel mewah, Apartment & guesthouse walk in terus tanya harga. Cadangan Lokasi Waterfrond, warisan square dan Jalan gaya boleh menginap di sini,  kerana penggankutan mudah untuk diperolehi 



Destinasi-destinasi yang menarik boleh dilawati di sekitar Bandar Kota KInabalu 

Apa yang buatkan Bandar Kota Kinabalu ni sangat best, pertama heaven dengan barangan shoping yang murah terutama pelbagai hasil kraftangan daripada mutiara seperti keronsang, butang baju melayu, rantai-rantai mutiara yang panjang-panjang yang mak datin pakai dalam drama melayu memang banyak dijual, serius memang murah!.Tips kena pandai tawar menawar tapi bukan setakat 30% tapi 70% ke atas serta  seminimun yang boleh harga yang barang yang hendak dibeli selalunya memang akan dpat best price bergantung kepada season anda pergi.

Kedua makanan yang dijual sangat fresh dan pelbagai pilihan tambah-tambah di pasar malam! jadi cubalah antaranya kepak ayam bakar, makanan tradisional etnik sabah dan seafood itu wajib cuba! murah serta saiznya besar-besar pulak tu! Kawan saya ada cakap dekat kk ni seafood fresh memang dijual agak murah tapi bila dah dimasak harga dia berganda-ganda? saya tak pasti kerana mencari makanan  bukan agenda utama saya bercuti disini.

Ketiga kalau nak beli barang cenderahati macam Fm, baju t-shirt i love sabah, keychain, barang-barang mutiara memang saya recomended anda untuk ke Pasar Malam Kampung Air harga barang begitu memang murah dijual, jauh berbeza harga di pusat Kraftangan atau Pasar Filipina *harga tak tetap bergantung kepada nasib dan skill tawar menawar* lepas tu muka kena tebal banyak kalau nak dapat best price :P

Jadi apa tunggu lagi bah datang Sabah bah..


0 comments:




About This Blog




Lorem Ipsum



  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP