INSPIRASIKAN DAN MOTIVASIKANLAH HIDUP ANDA UNTUK MENCAPAI TUJUAN DAN CITA-CITA HIDUP YANG ANDA INGINKAN. JANGAN JADIKAN DUGAAN, CUBAAN DAN RINTANGAN MEMATAHKAN SEMANGAT ANDA

ROYALTI MINYAK SABAH DARI KACA MATA KU

>> Tuesday, March 30, 2010

Saban hari pelbagai cerita yang dipaparkan dalam media massa elektronik dan cetak untuk tatapan umum, namun sedar atau tidak masyarakat kita masih alpa dengan kehidupan duniawi sehingga kurang mengambil berat tentang isu terkini yang hangat dibincangkan di kedai-kedai kopi terutama berkaitan Royalti Minyak Sabah.

Bagi rakyat Sabah, isu sebegini patut dibincangkan dan diteliti secara terperinci sama ada dari sudut asasnya atau teorinya berkenaan Royalti Minyak bagi tujuan pembangunan.

Dalam sejarah 1963-1974, pada masa itu diperkenalkan Akta Pelantar Benua yang memberikan 8%-12% kepada Negeri Sabah. Namun, ianya berubah setelah wujudnya Akta Kemajuan Petroleum 1975 yang memberikan 5% kepada Negeri Sabah. Persoalannya mengapa terjadi perkara sedemikian? Apakah pemimpin pada masa itu kurang arif atau kurang pengetahuan tentang politik dan pengiraan matematik? atau sebaliknya.

Justeru, mengapa isu Ambalat yang kaya dengan minyak dan boleh menampung keperluan negara sehingga 30 tahun akan datang tidak difikirkan atau dibincangkan atau dibahaskan di Dewan Rakyat? mahupun di Dewan Undangan Negeri Sabah? Secara kasarnya apabila kita membuat hitungan melalui pengiraan matematik, keluasan minyak yang terdapat di kawasan ini mungkin melebihi 15325 M3. Jadi, mengapa tidak dibuat kajian menyeluruh?

Isu sebegini sebenarnya wajar untuk dibincangkan dan diberi penerangan kepada masyarakat umum terutama Negeri Sabah. Ini kerana, generasi muda akan datang akan terus ketinggalan darisegi transformasi minda, sosio-ekonomi dan taraf hidup.

Oleh itu, mendedahkan kisah sebenar tentang isu ini adalah memadai kepada masyarakat Negeri Di Bawah Bayu, agar penerapan kefahaman berhubung perkara ini dapat mencapai objektif 'PENCAPAIAN DIUTAMAKAN' dan dapat mengelakkan sesetengah pihak memutar belitkan fakta serta mengambil kesempatan daripada kurangnya kefahaman berhubung isu Royalti Minyak ini.

0 comments:




About This Blog




Lorem Ipsum



  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP