INSPIRASIKAN DAN MOTIVASIKANLAH HIDUP ANDA UNTUK MENCAPAI TUJUAN DAN CITA-CITA HIDUP YANG ANDA INGINKAN. JANGAN JADIKAN DUGAAN, CUBAAN DAN RINTANGAN MEMATAHKAN SEMANGAT ANDA

CTOS - BANK : PERLU DIBUAT KAJIAN SEMULA

>> Friday, February 5, 2010

Dalam era pembangunan bagi menuju kemajuan pada masa depan, terdapat banyak kepincangan yang perlu dibuat kajian semula. Ini kerana, ianya mungkin menjadi masalah besar pada masa hadapan.

Dalam kes ini, kita masih lagi tertanya-tanya berhubung peranan CTOS dan BANK yang sering kali menjadi sasaran kepada mereka yang menanggung permasalahan akibat pinjaman samada sewa-beli, kad kredit atau pinjaman peribadi.

CTOS sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan agensi kerajaan sehingga masa kini, ini disebabkan CTOS sebuah agensi swasta. Kerja-kerja yang dilakukan oleh CTOS adalah mendapatkan maklumat daripada sumber media cetak atau 'Surat Khabar' yang mengiklankan perihal hutang seseorang yang dibuat oleh Bank-bank perdagangan (commercial). Kemudian maklumat tersebut akan di edarkan (LINK) kepada semua Bank yang beroperasi di Malaysia secara amnya dan apabila maklumat tersebut telah diedarkan kepada bank. Seseorang yang ingin membuat pinjaman melalui bank lain akan menghadapi kesukaran untuk berbuat demikian disebabkan tunggakkan hutang di bank yang lain pula.

Pernah satu ketika, beberapa orang yang telah selesai melangsaikan hutang di bank tersebut mengalami masalah untuk membuat pinjaman, sedangkan nama mereka telah dibersihkan daripada senarai orang yang Muflis atau bankrap. Persoalannya, mengapa CTOS tidak membersihkan nama mereka? apakah perlu diwartakan semula dalam media cetak atau elektronik? mengapa pula Bank tidak memaklumkan CTOS tentang maklumat orang yang telah bebas daripada hutang tersebut? apakah CTOS hanya berpadukan media sahaja untuk mendapatkan maklumat?

Ramai dikalangan masyarakat kita sebenarnya masih kurang arif tentang CTOS, namun apakah masyarakat kita hanya memandang atau melihat sahaja perkembangan ini dan melupakan terus? Oleh itu, sudah sampai masanya kajian semula dibuat berhubung peranan dan aktiviti CTOS. Ini kerana, banyak lagi aktiviti CTOS yang perlu dikaji semula oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia dalam arus keterbukaan perdana masa kini. Sebagai contoh, pertambahan kadar faedah akan berlaku kepada mereka yang dibebani hutang walaupun sepatutnya telah dihentikan oleh Bank dan kebenaran mahkamah.

0 comments:




About This Blog




Lorem Ipsum



  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP