INSPIRASIKAN DAN MOTIVASIKANLAH HIDUP ANDA UNTUK MENCAPAI TUJUAN DAN CITA-CITA HIDUP YANG ANDA INGINKAN. JANGAN JADIKAN DUGAAN, CUBAAN DAN RINTANGAN MEMATAHKAN SEMANGAT ANDA

4 TONGGAK AGENDA KERAJAAN

>> Sunday, February 7, 2010

'1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'
'Program Transformasi Kerajaan (GTP)'
'Model Ekonomi Baru'
'Rancangan Malaysia Kesepuluh'

Berdasarkan kepada 4 Tonggak yang digariskan Kerajaan pada hari ini, adakah ianya tercapai melalui kata-kata dan kerjasama semua pihak? ianya dapat digambarkan melalui satu kaedah iaitu mendekati rakyat bersama rakyat dan rakyat bersama pemimpin. Persoalan ini seringkali timbul apabila terdapat banyak pihak cuba mengetengahkan idea yang dikategorikan 'polimik atau politik'. Ramai dikalangan masyarakat sedang memerhatikan sejauh mana perlaksanaan yang dibuat oleh Kerajaan dalam memenangi hati rakyat.

Selain itu, terdapat dua perkara lain yang menjadi sebahagian sokongan Tonggak ini dilancarkan iaitu, Pemikiran yang kreatif dan inovatif serta kepantasan membuat keputusan, dasar dan perlaksanaan yang jitu dalam sesuatu perkara. Namun, apakah ianya berhasil dalam era pembangunan minda muda-mudi pada hari ini?

Jika kita kaji secara mendalam, kakitangan kerajaan seharusnya melipatgandakan lagi usaha dalam menterjemahkan sesuatu perkara itu dalam bersama-sama memajukan masyarakat serta membantu kerajaan dalam melaksanakan impian yang dimatlamatkan bagi mencapai kemajuan pembangunan negara.

Tahun 2010, merupakan tahun yang menarik perhatian ramai kerana tahun ini adalah tahun penentu kepada semua dasar yang dilaksanakan kerajaan secara berperingkat. Tidak salah sekiranya ada diantara golongan masyarakat menyampaikan hasrat sesuatu kepada kerajaan semata-mata mendapatkan perhatian sewajarnya.

Justeru, dalam membina negara bangsa yang berjaya, masyarakat yang maju, kikiskan sifat malu mengutarakan sesuatu yang hak dan benar serta berusaha dalam arena persaingan global bagi mencapai kejayaan bersama minda masyarakat yang cemerlang.

0 comments:




About This Blog




Lorem Ipsum



  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP