INSPIRASIKAN DAN MOTIVASIKANLAH HIDUP ANDA UNTUK MENCAPAI TUJUAN DAN CITA-CITA HIDUP YANG ANDA INGINKAN. JANGAN JADIKAN DUGAAN, CUBAAN DAN RINTANGAN MEMATAHKAN SEMANGAT ANDA

FAHAMI.... LAYAK KAH CUKAI DIKENAKAN DI KM

>> Wednesday, August 5, 2009

Cukai Pintu bertujuan untuk memudahkan segala urusan berkenaan dengan cukai perkadaran yang perlu dijelaskan oleh pemilik harta. Cukai yang dimaksudkan termasuklah cukai pintu bagi harta yang berada di dalam kawasan perkadaran (rating area) dan cukai tanah bagi tanah yang berada di luar kawasan perkadaran.

Untuk makluman, Bagi kawasan perbandaran sahaja yang boleh dikenakan cukai pintu. Manakala, kawasan luar bandar seperti kampung yang masih belum mempunyai kesempurnaan infrastruktur, tidak termasuk dalam plan pembangunan bandar, rata-rata taraf hidup penduduk masih dibawah paras rm1,000 sebulan adalah tidak layak untuk dikenakan cukai kadaran.

Cukai Tanah ialah jumlah wang tertentu yang perlu dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai cukai sewa di bawah Kanun Tanah Negara. Cukai Taksiran / Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak di kawasan Majlis seperti kediaman (taman perumahan), perniagaan, perindustrian dan tanah kosong (kawasan bandar).

Tiada pihak yang boleh mengenakan atau meluluskan cukai secara tiba-tiba atau mewartakan kawasan cukai secara tiba-tiba disesuatu daerah, jajahan atau wilayah tanpa dibahaskan terlebih dahulu di Dewan Negeri atau Dewan Negara. Kesalahan menyalahgunakan kuasa termaktub dalam seksyen perlembagaan.



*cukai tanah di bawah Seksyen 100 Akta Kanun Tanah Negara. Bagi Cukai Taksiran di bawah Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976.

1 comments:

jomo km August 5, 2009 at 7:17 AM  

saya faham juga baini.. fiez.

tapi, mcmana juga mdkm dah makin kedepan.




About This Blog




Lorem Ipsum



  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP