INSPIRASIKAN DAN MOTIVASIKANLAH HIDUP ANDA UNTUK MENCAPAI TUJUAN DAN CITA-CITA HIDUP YANG ANDA INGINKAN. JANGAN JADIKAN DUGAAN, CUBAAN DAN RINTANGAN MEMATAHKAN SEMANGAT ANDA

SEBAHAGIAN KAJIAN BERHUBUNG CUKAI OLEH MDKM

>> Thursday, August 6, 2009

Berikut sebahagian daripada hasil kajian saya berhubung cukai pintu yang dilaksanakan MDKM kepada penduduk kampung.

Pertama.
Setiap undang-undang kecil yang dibuat oleh MDKM ianya perlu merujuk kepada perlembagaan dan perundangan sedia ada. Terdapat dua tatacara akta boleh dirujuk iaitu Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) serta Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Dalam Perkara 103, tiap-tiap undang-undang kecil, kaedah atau peraturan tidak boleh dikuatkuasakan sehinggalah disahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri atau Kerajaan Negeri Sabah dan kemudian disiarkan dalam warta. Sebagai contoh mewartakan kawasan kampung secara tiba-tiba sebagai kawasan termasuk dalam perbandaran atau Majlis Daerah, mengenakan cukai pintu sedangkan tiada warta dibuat sebelumnya, sedangkan adalah menjadi kesalahan sekiranya setiap perihal kuasa undang-undang dibuat tanpa merujuk enekmen yang sepatutnya.

Kedua.
Merujuk perlembagaan bab 8, pemakaian bagi negeri Sabah dan Sarawak, perkara 95E (Fasal 3 - dibawah perkara 92, tiada kawasan didalam daerah atau negeri itu boleh diisytiharkan sebagai suatu kawasan pembangunan bagi maksud apa-apa rancangan pembangunan tanpa persetujuan Yang Dipertuan Negeri / Gabenor / Raja / Sultan.

Ketiga.
Perkara 142(1) seseorang yang merasa terkilan atas mana-mana alasan berkaitan cukai atau kadar dikenakan Majlis atau PBT, ianya boleh membuat bantahan secara bertulis kepada Majlis atau PBT dan Kerajaan Negeri selepas 14 hari warta dikeluarkan. (contoh dalam surat khabar dan papan kenyataan Majlis atau PBT)

Namun didapati tiada warta atau pengesahan persetujuan sebagai lampiran untuk diwartakan oleh MDKM.

Keempat.
Perkara 142(3) PBT atau Majlis (MDKM) tidak boleh memutuskan nilaian kadar sesuatu cukai sekiranya belum mendapat surat pengesahan senarai nilaian mengikut subseksyen (1) untuk diputuskan.

Kelima.
Jika terdapat pihak yang ingin mempertikaikan sesuatu keputusan Mahkamah rendah berhubung bantahan dibuat, rayuan boleh ibuat di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu denan cara usul permulaan perkara 145. Rayuan akhir juga boleh diteruskan ke Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan ketetapan muktamad sekiranya perlu.

0 comments:




About This Blog




Lorem Ipsum



  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP