INSPIRASIKAN DAN MOTIVASIKANLAH HIDUP ANDA UNTUK MENCAPAI TUJUAN DAN CITA-CITA HIDUP YANG ANDA INGINKAN. JANGAN JADIKAN DUGAAN, CUBAAN DAN RINTANGAN MEMATAHKAN SEMANGAT ANDA

FAHAMI MAKSUD I.S.A

>> Thursday, July 30, 2009

Saban hari sejak kebelakangan ini pelbagai isu diutarakan dalam pelbagai blog mahupun pelbagai jenis media massa secara umumnya.


Namun demikian antara isu tersebut ialah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA,Internal Security Act) yang merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia dan Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Apabila atau Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.

ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), yang amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alat yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam.

Bagi golongan bertamadun dan bermaruah sedarlah bahawasanya akta ini adalah sebahagian daripada acuan mempertahankan Perlembagaan Negara dan Kontrak Sosial yang telah termaktub dalam kaedah mempertahankan keamanan negara, perpaduan kaum dan konsep 'Menang-Menang untuk semua kaum'.

Justeru itu, gunakanlah saluran yang betul sekiranya terdapat perasaan kurang senang atau tidak puas hati terhadap sebarang dasar kerajaan dan jangan sesekali terpengaruh dengan hasutan pihak tertentu yang boleh merugikan negara.

Pesanan untuk warga Kota Marudu dan Komuniti Utara Sabah yang berada di Semananjung;
Jangan mudah terpengaruh hasutan luar yang boleh memalukan keluarga.

1 comments:

Anonymous August 3, 2009 at 7:12 PM  

SAUDARA/SAUDARI,
Untuk memahami ISA sila rujuk Parliamentary Hansard, kalian akan tahu niat Parlimen memperkenalkan akta ini. Marilah kita sama-sama beringat bahawa negara kita masih lagi dalam keadaan darurat sehingga kini lantaran pengisytiharan darurat tersebut tidak pernah dimansuhkan. Fikir-fikirkanlah...




About This Blog




Lorem Ipsum



  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP