INSPIRASIKAN DAN MOTIVASIKANLAH HIDUP ANDA UNTUK MENCAPAI TUJUAN DAN CITA-CITA HIDUP YANG ANDA INGINKAN. JANGAN JADIKAN DUGAAN, CUBAAN DAN RINTANGAN MEMATAHKAN SEMANGAT ANDA

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU CINA

>> Wednesday, February 10, 2010

Tanggal 14 dan 15 Februari 2010, merupakan tarikh bertuah kepada masyarakat berketurunan cina, ini kerana tarikh ini adalah tarikh perayaan tahunan yang disambut mereka. Justeru itu, tidak hairanlah jika setiap perayaan menjelang tiba, pelbagai persiapan yang dibuat oleh mereka untuk menyambut perayaan tersebut.
Semoga Tahun Harimau bagi kepercayaan masyarakat cina pada tahun ini akan membawa tuah dan pembangunan kemajuan kepada Negeri Sabah umumnya dan Kota Marudu/Pitas khususnya untuk mencorak satu perubahan yang drastik dalam pembangunan.

Sempena perayaan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU CINA kepada semua masyarakat berketurunan cina. Semoga perpaduan dikalangan masyarakat berbilang bangsa ini terus terjalin dan erat sampai bila-bila.

0 comments:




About This Blog




Lorem Ipsum



  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP