INSPIRASIKAN DAN MOTIVASIKANLAH HIDUP ANDA UNTUK MENCAPAI TUJUAN DAN CITA-CITA HIDUP YANG ANDA INGINKAN. JANGAN JADIKAN DUGAAN, CUBAAN DAN RINTANGAN MEMATAHKAN SEMANGAT ANDA

pembuka kata : AKHIR ZAMAN

>> Wednesday, February 10, 2010

Banyak perkara yang seringkali kita dengar samada melalui TV, Surat Khabar atau internet menceritakan perihal pelbagai kejadian berlaku. Ramai golongan ulama yang membuat tafsiran berhubung keadaan ini dengan menyimpulkan sebagai petanda akhir zaman.

Jika dulu, masyarakat kita sering hidup aman dan damai tetapi sekarang masyarakat kita sering berlumba-lumba untuk berkuasa dengan menetapkan satu matlamat kekayaan atau kesenangan dunia, jika dulu masyarakat kita melihat pelbagai perkara berhubung kejadian alam tetapi sekarang masyarakat kita penuh hairan dengan kepelbagaian berlaku sehingga ada yang menjadi peramal masa depan, ada yang mengeksploitasikan sesuatu kejadian dan ada juga yang masih leka perihal kejadian tersebut.

Contohnya, terdapat tulisan kalimah 'ALLAH' pada awan, kulit ikan, buah kelapa, daun pisang dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga perebutan kuasa oleh perempuan yang mana golongan ini mula menunjukkan jumlah melebihi daripada lelaki, jadi tidak hairanlah sekiranya ramai golongan hawa ini bertindak sebagai ketua sebuah keluarga. Namun begitu, banyak lagi tanda-tanda yang dapat kita perhatikan setiap hari.

nota: banyak lagi info yang akan dipaparkan sebagai bahan rujukan dan perbincangan nanti. Oleh itu, nantikan sambungan kisah AKHIR ZAMAN ini.

0 comments:




About This Blog




Lorem Ipsum



  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP