INSPIRASIKAN DAN MOTIVASIKANLAH HIDUP ANDA UNTUK MENCAPAI TUJUAN DAN CITA-CITA HIDUP YANG ANDA INGINKAN. JANGAN JADIKAN DUGAAN, CUBAAN DAN RINTANGAN MEMATAHKAN SEMANGAT ANDA

(semasa) :BANJIR DI KOTA MARUDU

>> Sunday, January 17, 2010

18 Januari 2010 (Isnin)-KOTA MARUDU, Hujan lebat sejak Jumaat lalu menyebabkan banjir besar dibeberapa kawasan rendah. Ini menyebabkan beberapa jabatan dan unit bencana banjir seperti PDRM, Tentera, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), BOMBA, RELA, sukarela daripada UMNO,PBS,UPKO dan blogger Suara Anak Marudu (SAM) bersama-sama dengan penduduk kampung turut serta dalam membantu mangsa banjir.

Setakat ini 500 orang masih dipusat pemindahan banjir Dewan Komuniti Kota Marudu bagi kawasan rendah. Menurut sumber beberapa penduduk kampung yang ditemui, En. Satria Abdul Karim banjir pada kali ini adalah yang terburuk berlaku berbanding tahun-tahun lepas dan sumber ini juga disokong oleh En. Lugandeh Majirin.

Menurut sumber Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan lebat di Kota Marudu akan berterusan sehingga selasa ini.

0 comments:




About This Blog




Lorem Ipsum



  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP