INSPIRASIKAN DAN MOTIVASIKANLAH HIDUP ANDA UNTUK MENCAPAI TUJUAN DAN CITA-CITA HIDUP YANG ANDA INGINKAN. JANGAN JADIKAN DUGAAN, CUBAAN DAN RINTANGAN MEMATAHKAN SEMANGAT ANDA

Lensa: ISU PENGGUNAAN KALIMAH 'ALLAH'

>> Wednesday, January 6, 2010

Apabila kita melihat fenomena pada masa kini berhubung Isu menggunakan kalimah 'ALLAH' oleh masyarakat bukan islam. Ramai golongan ulama dan cerdik pandai cuba untuk menyampaikan mesej yang pelbagai. Ada yang cuba untuk mempertahankannya, ada yang cuba untuk menolaknya, ada yang cuba mengambil kesempatan atas tiket isu ini dengan mengeruhkan lagi keadaan.

Namun begitu, sedar atau tidak apabila kita kembali kepada satu titik permulaan yak'ni fitrah manusia ianya tampak bahawa manusia memperakui penciptaan dunia ini oleh yang maha esa atau 'ALLAH' dan dalam Al-Quran juga terdapat firman yang bermaksud;

"Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? maka, mereka akan berkata ALLAH..." (Surah Az-Zumar(39):38).

Walau bagaimanapun, penjelasan bahawa penggunaan kalimah ALLAH untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan yang maha esa adalah hak oleh setiap individu tersebut. Ini kerana, ulama atau muslim mana sekalipun jika tidak berbalik dan teguh 'nawaitu..' ianya jelas dapat menyedarkan kita, siapa kita sebenarnya.

Jika kita meninjau Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) ianya menjamin kedudukan Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan lain-lain agama boleh diamalkan dengan aman dan damai.

Tetapi, cuba kita renung kepada ayat yang terdapat dalam surah Al-Imran (3):64), ianya menerangkan seperti berikut untuk kita fikirkan dan fahaminya mengikut kaedah dan acuan sendiri "Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain ALLAH dan tidak mensyirikkan ALLAH dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan selain ALLAH. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang islam".

Jika kita mengkaji secara dasar ilmiah, sebenarnya kalimah 'ALLAH' tidak terdapat dalam kitab Taurat atau Talmud Hebrew atau Injil Kristian dalam bahasa Latin dan Greek. Ini kerana, bagi masyarakat Israel iaitu bangsa Yahudi tuhan mereka sebut 'YAHWEH' atau 'JEHOVAH'. Dalam kitab Injil pula ianya disebut 'JESUS' dan GOD ianya sama dan menjadi bukti kepercayaan ketuhanan mereka. Namun di Malaysia sebenarnya masyarakat kita yang terdiri dari golongan bukan islam apabila menterjemahkan perkataan GOD kepada masyarakat islam ianya dirujuk terjemah kepada perkataan 'ALLAH' agar ianya mudah difahami oleh masyarakat islam, ianya boleh dilihat dalam fakta kes Mahkamah Tinggi pada tahun 2007 ketika pembatalan penggunaan kalimah ALLAH tersebut, namun begitu konsep secara realitinya ianya merujuk kepada fahaman masyarakat bukan islam sebenarnya konsep 'TRINITY' iaitu "GOD THE FATHER, GOD THE SON and THE HOLY GHOST', dan konsep ini tidak diterima pakai dalam masyarakat islam kerana bezanya ALLAH hanya satu, tidak beranak dan tidak diperanakan.

Oleh itu, 'nawaitu' merupakan pegangan individu muslim untuk membuat kesimpulan berhubung kalimah ALLAH berdasarkan kepada pegangan konsep AKIDAH ISLAMI dan TRINITY yang berbeza.
Jika kita melihat masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum, faham-memahami adat resam, budaya dan agama seseorang dengan penuh hormat telah menjadi amalan dan tradisi.
Di semananjung Malaysia sebutan seperti ini oleh masyarakat bukan islam adalah 'PELIK' atau 'JANGGAL' tetapi di Sabah ianya diambil kira sebagai satu penghormatan oleh masyarakat bukan islam kepada masyarakat islam apabila mereka melafazkan kalimah 'ALLAH' tersebut tanpa memasukkan konsep 'TRINITY'.
Akhir sekali, semoga ISU KALIMAH 'ALLAH' ini yang menjadi isu sensasi pada masa kini, dapat diselesaikan dengan cara bijaksana dan permuafakatan berkonsepkan '1MALAYSIA' dengan suasana harmoni, aman dan bertoleransi.

0 comments:




About This Blog




Lorem Ipsum



  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP