INSPIRASIKAN DAN MOTIVASIKANLAH HIDUP ANDA UNTUK MENCAPAI TUJUAN DAN CITA-CITA HIDUP YANG ANDA INGINKAN. JANGAN JADIKAN DUGAAN, CUBAAN DAN RINTANGAN MEMATAHKAN SEMANGAT ANDA

RENTETAN CADANGAN IDEA DINAKAN

>> Wednesday, July 8, 2009

Pertama sekali syabas dan tahniah kepada semua pembaca dan pengunjung blog SAM yang mula mendapat tempat dikalangan masyarakat kita pada masa kini. Namun begitu, kecenderungan komen yang pelbagai dalam artikel saya merupakan sesuatu yang menarik dan saya suka dengan ulasan orang yang sukar d kesan identitinya. Komen sebegini sebenarnya menunjukkan masyarakat kita semakin matang dalam sesuatu hal. Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua.

Disini, ingin saya jelaskan rentetan maksud idea tesebut untuk kita kongsi bersama serta dibahaskan jika perlu.

1. Perkataan 'CADANGAN' adalah membawa maksud mengutarakan, mengusulkan atau perlu dibincangkan dan bukan bermaksud 'TELAH DIPERSETUJUI atau DITERIMA atau TELAH DIBUAT'.

2. Kota Marudu sebuah daerah kecil, miskin dan mundur. Oleh itu, tidak semestinya ada seorang pemimpin sahaja menyuarakan perubahan dan kemajuan tidak diiktiraf sumbangannya. Ini kerana, pemimpin ini adalah yang dipilih, dihormati serta disegani kita di Kota Marudu.

3. Untuk melontarkan buah fikiran atau mencadangkan idea pertambahan kerusi MP dan DUN, sebenarnya intipati daripada pandangan kita terhadap keluarga, rakan-taulan mahupun komuniti lain.

4. Tidak salah jika kita bercadang seperti ini. Kita kena ingat sejarah Kota marudu, kita kena lihat kedudukan geografi kota marudu dan kita kena pandang diri serta komuniti kita dari segi ekonomi. Bagaimana hendak maju seiring tempat atau komuniti lain.

5. Belajarlah merenung dengan kata-kata ini kalau hendak memahami sesuatu perkara. 'Ikan tidak boleh hidup di darat, ayam tidak boleh hidup dalam air'.

7 comments:

Anonymous July 8, 2009 at 5:53 AM  

ngam.. rentetan menarik.

sulap bayau July 8, 2009 at 5:54 AM  

ya anon, betul tu... tapi agak2 tiada org terpinggir kah?

gadis cute July 8, 2009 at 6:07 AM  

ngam bah anon ulasan dinakan ini... sia faham juga bah.

puteri damai July 8, 2009 at 6:08 AM  

oii...dinakan, alap pan ulasan sambungan nu tu... bah.. teruskan.. ngam bana tu.

Anonymous July 8, 2009 at 6:08 AM  

atur ja dinakan... sia sukung...

pekan lama July 8, 2009 at 6:10 AM  

ada ummpph.. cadangan ini.. alap pan tu bayau.. aik.. alap pan tu dinakan.. sekurang-kurang un perubahan km.

Nusin Bin Ahap July 8, 2009 at 6:08 PM  

aku rasa lah.. bukan soal Adun ker Parliman yang ditambah.. tambah pun rasanya pun sama ja juga. sebenarnya siapa yang kita pilih... bersuara lantangkan ia.. atau sekadar ucapan yes bos? tu pun penting juga tu. majoriti suara lantang sebelum pilihan raya.. bila lepas.. jaga diri masing2 lah.. tu lah masalahnya




About This Blog




Lorem Ipsum



  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP