INSPIRASIKAN DAN MOTIVASIKANLAH HIDUP ANDA UNTUK MENCAPAI TUJUAN DAN CITA-CITA HIDUP YANG ANDA INGINKAN. JANGAN JADIKAN DUGAAN, CUBAAN DAN RINTANGAN MEMATAHKAN SEMANGAT ANDA

IDEA MENAMBAH KEMAJUAN KOTA MARUDU MELALUI TAMBAHAN PARLIMEN DAN ADUN

>> Monday, July 6, 2009

Kota Marudu merupakan sebuah daerah yang berpotensi untuk dibangunkan menjelang Rancangan Malaysia Ke-10 atau RMK-10, ini kerana kesesuaian lokasi dan kedudukan geografinya yang terletak ditengah-tengah utara sabah. Iaitu, dikelilingi oleh Daerah Pitas, Daerah Kudat, Daerah Kota Belud mahupun Daerah Ranau.

Keluasan Kota Marudu adalah sama dengan Negeri Kedah dan Perlis. Oleh itu, pada pandangan saya jika sesiapapun dipilih menjadi wakil rakyat berdasarkan keluasan daerah ini, semestinya tidak dapat memajukan daerah ini sampai bila-bila pun. (Ianya ibarat, seorang Ibu tunggal susah membersihkan atau menjaga kawasan tanah peninggalan sang suami seluas 50 ekar seorang diri melainkan dibahagi-bahagikan kawasan tanah kepada anak-anaknya untuk dijaga tanpa perlu mengupah orang lain)

Namun begitu, bagaimana agaknya jika ditambah bilangan wakil rakyat dari Daerah Kota Marudu dengan cara membahagikan kawasan tetentu kepada beberapa Zon. Contohnya, Parlimen dipecahkan kepada 3 Bahagian dan ADUN dipecahkan kepada 5 Bahagian. (sedia ada 1 Parlimen dan 2 ADUN)

Bagi saya, cara ini sebenarnya dapat memberi manfaat kepada kemajuan Daerah Kota Marudu pada masa akan datang. Kerana dalam banyak-banyak perkara, isu seperti ini rasanya tidak pernah terlintas difikiran atau dibincangkan atau dicadangkan sesiapa.

Justeru, adalah wajar jika kita usulkan idea ini. Saya percaya pelbagai pihak sebenarnya mempunyai berbagai-bagai pandangan berhubung perkara ini. Tapi, tak salah jika kita belajar berfikiran terbuka terhadap sesuatu perkara.

3 comments:

Anonymous Ada Sivik July 7, 2009 at 8:46 PM  

Dinakan,
rekod o ulasan ini entry ko sana SAM.
TAHNIAH atas lontaran cadangan. Sama ada diberi perhatian atau tidak, soal kedua.
Jangan peduli anon2 yang tiada sivik tu.
Saya pun anon juga tapi ada sivik..

jingga July 8, 2009 at 5:56 AM  

anon ada sivik? piiraaahh... ko tau ka cadangan ini buleh kasi rusak rakyat.

peminat SAM July 8, 2009 at 5:57 AM  

aik.. cadangan baik ba ini dinakan.
ngam dan tepat masanya ko cadang ini.
saya setuju 100%.




About This Blog




Lorem Ipsum



  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP