INSPIRASIKAN DAN MOTIVASIKANLAH HIDUP ANDA UNTUK MENCAPAI TUJUAN DAN CITA-CITA HIDUP YANG ANDA INGINKAN. JANGAN JADIKAN DUGAAN, CUBAAN DAN RINTANGAN MEMATAHKAN SEMANGAT ANDA

TINJAULAH PELUANG PELABURAN DI KOTA MARUDU DAN TAMBAHKAN BAJET PEMBANGUNAN DALAM RMK-10 (2011-2015)

>> Thursday, June 18, 2009

Seperti kata Y.A.B Perdana Menteri, 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' merupakan salah satu agenda menuju negara maju menjelang tahun 2020.

Disebalik Konsep itu, Daerah Kota Marudu tersenarai dalam Kedudukan Daerah termiskin di negara ini. Justeru itu, tinjau-tinjaulah peluang pelaburan yang boleh membangunkan daerah ini setanding dengan daerah lain. Ini kerana, terdapat banyak peluang pelaburan yang boleh dibuat selain daripada merasmikan sesuatu yang sudah lama dibangunkan. Contohnya, tinjaulah peluang untuk menyediakan kilang berasaskan makanan daripada hasil laut dan pertanian, membina Institusi Pengajian Tinggi, Membina Bangunan Pusat Sains dan Teknologi, Mewujudkan Bandar Cyber dan Membina Mercu tanda Daerah Kota Marudu selain daripada trade mark pengeluar jagung tempatan agar terkenal diseluruh Malaysia.

Selain itu, penekanan terhadap permintaan tambahan bajet peruntukan pembangunan juga adalah perlu dalam RMK-10. Ini kerana, Negeri Sabah mensasarkan negeri maju pada tahun 2025, Malaysia mensasarkan tahun 2020 dan rasanya daerah kota marudu boleh disasarkan pada tahun 2022 sebagai daerah maju.

Bagaimanapun berikut adalah cadangan yang perlu dimasukkan dalam perancangan RMK-10. Iaitu, menambahkan bajet pembangunan khas untuk daerah Kota Marudu yang merangkumi, Free WiFi Zone, naik taraf jalan pekan kepada 2 hala untuk mengurangkan kesesakan pada masa depan, membina kompleks pentadbiran kerajaan, menyediakan bekalan air bersih untuk semua kampung yang belum memperolehinya, naik taraf jalan kampung, menyediakan lampu jalan di kampung-kampung dan naik taraf pusat rekreasi yang dikenal pasti berpotensi untuk tujuan pelancongan.

Namun begitu, tinjauan, pemantauan, pemerhatian menyeluruh juga adalah perlu bagi merealisasikan impian kita bersama dalam memajukan daerah kita selaras dengan Konsep '1 Malaysia'.

2 comments:

NONG June 18, 2009 at 8:42 AM  

Salam Fiez@Dinakan,
ini salah satu cadangan yang baik.
Kiranya kita mampu merealisasikan semua ni.

Anonymous June 18, 2009 at 10:01 AM  

salam ziarah




About This Blog




Lorem Ipsum



  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP