APA DAH JADI DENGAN GENERASI MASA KINI..?
>> Wednesday, June 17, 2009
Terdapat banyak masalah berlaku yang dipaparkan dalam media massa dan cetak setiap hari, namun yang menarik perhatian kita ialah satu kes yang boleh dikategorikan dengan bangsa binatang atau tidak bertamadun. iaitu, perlakuan seperti haiwan dengan ertikata lain 'perlakuan seks luar tabii'. Golongan sebegini sebenarnya perlu hidup pada zaman jahiliah dan bukan zaman sekarang.
sungguh sedih melihat generasi seperti ini, yang sepatutnya berusaha untuk maju dan hidup dalam suasana harmoni, aman dan bahagia, sebaliknya masih alpa dengan keadaan sedia ada.
Jika kita tinjau kes 'perlakuan seks luar tabii' ini, ianya semakin bertambah dan berleluasa walaupun kes sebegini tidak mencapai angka ribu seperti kes rogol, namun ianya dianggap serius. Ini kerana, yang menjadi mangsanya adalah majoriti golongan remaja bawah 18 tahun.
Sejak tahun 2006 sahaja sehingga april tahun ini, 716 kes dilaporkan dan 411 daripada mangsa adalah pelajar sekolah dan kolej. Apa dah jadi dengan generasi pelapis masa depan jika berkelakuan begini? di harap, masyarakat terutama golongan yang merasa diri seakan jadi begini akibat nafsu yang kuat atau tak tahan gelora nafsu.. saya syorkan cepat-cepatlah berkahwin secara halal dan sah dari segi syarak. Jangan jadi jahil..
Akibat kesalahan seperti ini sebenarnya boleh dikenakan hukuman mengikut seksyen 377 kanun keseksaan, iaitu persetubuhan luar tabii dengan haiwan boleh di penjara 20 tahun penjara, denda dan sebatan.
Bagi kesalahan mengikut seksyen 377A iaitu persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii sama ada melalui mulut atau dubur, boleh dikenakan penjara 20 tahun dan sebatan.
Bagi seksyen 377B merujuk kepada persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa rela, pesalah boleh dipenjara tidak kurang 5 tahun atau kurang daripada 20 tahun dan sebatan.
Manakala seksyen 377C perhubungan seks dengan objek tajam sama ada melalui dubur atau kemaluan, boleh di penjara hingga 20 tahun dan sebatan.
Bagi seksyen 377D iaitu melanggar kesopanan dengan melakukan kelucahan melampau, boleh di penjara 2 tahun dan seksyen 377E iaitu merangsang kanak-kanak dibawah umur 14 tahun untuk melakukan kelucahan melampau boleh di penjara hingga 5 tahun dan sebatan.
Oleh itu, cepat-cepatlah bertaubat sebelum ajal menanti anda ketika berada dalam keadaan khayalan... insaflah... dan bermuhasabah diri selalu... INGAT..! jangan jadi seperti orang yang serupa haiwan.
0 comments:
Post a Comment