INSPIRASIKAN DAN MOTIVASIKANLAH HIDUP ANDA UNTUK MENCAPAI TUJUAN DAN CITA-CITA HIDUP YANG ANDA INGINKAN. JANGAN JADIKAN DUGAAN, CUBAAN DAN RINTANGAN MEMATAHKAN SEMANGAT ANDA
Di sebuah kampung, tinggalah sebuah keluarga yang teramatlah
miskin.Keluarga itu terdiri daripada seorang ibu yang telah hampir uzur bernama
Mak Lamah serta dua anaknya yang bernama Malik dan Adi. Malik merupakan anak
sulung yang berumur 14 tahun. Mak Lamah telah kehilangan suaminya sejak Malik dilahirkan.
Suaminya itu meninggal dunia kerana telah terjatuh dari sebuah bangunan yang
tinggi ketika sedang menjalankan tugas membuat bangunan. Mak Lamahlah yang
menyara kehidupan mereka sekeluarga walaupun beliau telah hampir uzur.
“Mak, sedap sungguh sarapan pagi ini!”
kata Malik sambil memakan ubi kayu bercecah semangkuk garam. “Malik, sebentar
lagi sekolah akan bermula jadi kamu mesti bergegas ke sekolah.” kata Mak
Lamah.Kemudiannya,emak Malik menghulurnya wang saku sebanyak empat puluh sen.
Walaupun Malik malu dengan jumlah wang yang diberikan ,namun Malik tetap
mengeraskan hatinya untuk lebih memahami kesusahan hidup mereka.
Pada suatu pagi ketika Malik sampai ke
pintu pagar sekolah, tiba-tiba sekumpulan pelajar nakal menyergah ke arah Malik
lalu mengugutnya agar menghulurkan kesemua wang sakunya. Malik tetap tabah
menghadapi segala dugaan tersebut walaupun telah kerap kali dia diugut oleh
mereka. “ Macam biasa, duit mana? ” tanya salah seorang daripada ahli kumpulan
pelajar nakal tersebut. “ sa..saya bawa dua puluh sen sahaja hari ini” kata
Malik. Walaupun jumlah wang tersebut hanya sedikit namun mereka tetap berkeras
hati untuk mengambilnya.
Ketika waktu rehat, semua pelajar
bergegas ke kantin untuk membeli makanan. Namun Malik duduk berseorangan di
sebuah pondok berdekatan dengan kantin tersebut. “ Hai..apalah malang nasibku,
telah kerap kali wangku dirampas” bisik hati Malik. Air mata perlahan-lahan
turun mencucuri pipinya. Pelajar-pelajar yang melintasi di pondok itu semuanya
mentertawakan Malik. Malik tetap menguatkan hatinya. Dengan sedih bercampur
hibah Malik berjalan perlahan-lahan ke arah sebatang paip. Malik lalunya
menghirup air paip tersebut perlahan-lahan sambil melinangkan air matanya.
.Malik telah beberapa kali menghirup air paip itu walaupun perutnya sering
sakit memulas-mulas kerana terminum air paip itu. Walaupun dalam kepayahan itu
namun Malik tetap menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan
guru-guru serta ibunya kerana takut akan dibuli oleh rakan-rakan yang nakal
itu.
Pada suatu ketika Malik pulang dari sekolah
ibu serta adiknya tidak berada di rumah. Malik memanggil ibu serta adiknya
sambil mencari mereka namun kelibat mereka tidak kelihatan. Malik mula merasa
bimbang. “ Ibu…ibu… ?” suara Malik kedengaran lebih kuat. Namun suaranya tidak
disahut oleh ibu ataupun adiknya. Malik mula merasa bingung. Setelah satu
menjelang senja ibu serta adik Malik masih belum pulang lagi. Hari semakin
gelap dan diselubungi oleh suasana suram dengan hujan yang sudah mula turun. “
Oh, Tuhan apalah malangnya nasibku ini, sudahlah ditinggalkan ayah, ibu dan
adik juga telah hilang, “ demikian keluhan hati Malik.
Sambil memikirkan ibu serta adiknya
Malik akhirnya telah tertidur di atas tangga rumah kerana keletihan.
Tanpa disedari di dalam tidurnya air mata Malik telah bergenang di
pipinya. Setelah menjelang malam Malik telah tersedar apabila tubuhnya telah
digoncang oleh seseorang. Apabila membuka matanya rupa-rupanya sekujur tubuh
yang berada di sisinya ialah ibu serta adiknya. Sambil meraung kesedihan Malik
telah memeluk ibu serta adiknya. “Sampai hati ibu meninggalkan Malik
sendirian,” kata Malik sambil menangis tersedu-sedu. Ibu Malik sangat terharu
dengan kata-kata Malik. “Ibu minta maaf kepada Malik kerana telah meninggalkan
Malik sendirian tanpa pesan.” Kata ibu Malik. Ibu Malik menjelaskan bahawa pada
siang tadi ibu terpaksa membawa adik ke klinik kerana sakit. Ibu terpaksa
berjalan kaki sejauh enam kilometer semata-mata untuk mendapatkan rawatan
kepada adik yang sakit. Tanpa wang belanja ibu terpaksa meredah kepayahan
berjalan kaki sejauh enam kilometer. Walaupun dalam keadaan payah namun ibu
berusaha untuk menyembunyikan perasaannya. “Malik, adikmu sakit dan perlukan makanan
serta susu.” Keluh ibu dengan perasaan sangat sedih. Sambil mengusap air mata
di pipi ibunya Malik memberitahu kepada ibunya bahawa di belakang rumah mereka
ada sebuah tin buruk yang disimpannya sekian lama telah dipenuhi dengan duit
siling yang telah diberikan sejak arwah ayahnya masih hidup. Duit tersebut
adalah hasil daripada simpanannya sejak sekian lama. “Ibu, sebenarnya selama
ini Malik tidak pernah menggunakan wang yang ibu serta ayah beri dulu tetapi
sebaliknya duit itu Malik telah simpan di belakang pokok pisang sebagai duit
belanja apabila ditimpa kesusahan.” Ibu Malik sangat terharu mendengar cerita
Malik bahawa selama ini rupanya Malik hanya menghirup air paip di sekolah
semata-mata untuk mahu mebantu kemiskinan keluarganya. Ibu Malik tidak
henti-henti menitiskan air matanya sambil memeluk Malik. “Oh, Tuhan hamba
bersyukur ke hadratmu kerana telah memberikan anak yang berhati mulia ini.”
Apabila mengenangkan semula peristiwa itu tanpa Malik sedari air mata di
pipinya akan jatuh menitis. Kini, Malik bukan lagi seorang budak miskin tetapi
telah menjadi seorang jutawan yang sangat budiman. Sikap Malik yang dermawan
telah menjadikan namanya menjadi sebutan.
Read more...
CATATAN JOM KE SABAH 2017
Ke sabah ke kita? fe-feeling nak tulis macam program tv wak doyok ke korea ke kita? di sebabkan ini entry cuti-cuti di dalam
Malaysia iaitu Sabah Negeri DI Bawah bayu jadi amatlah tidak wajar untuk
menggunakan trademark. Jadi secara rasminya untuk entry ini saya hanya akan
menggunakan ayat Sabah Trip : jom ke
Sabah bah!
Bersama rakan-rakan di Kota Kinabalu
Bagaimana cara untuk ke Bandar Kota Kinabalu
Di sini ada dua terminal lapangan terbang Antarabangsa dan
Domestik dan selalunya naik Air Asia akan turun ke Lapangan terbang 2,
Setibanya anda di lapangan terbang kota kinabalu boleh pergi ke KK dengan
menaiki Teksi, Bas Mini bagi yang berduit mungkin kereta terus menjemput ke
Hotel.
Tempat Tinggal / Penginapan di Sekitar Kinabalu
Pilihan penginapan bergantung kepada bajet yang ada daripada
semewah alam sehinga hotel budget, ada pelbagai pilihan Hotel bajet, hotel
mewah, Apartment & guesthouse walk in terus tanya harga. Cadangan Lokasi
Waterfrond, warisan square dan Jalan gaya boleh menginap di sini,
kerana penggankutan mudah untuk diperolehi
Destinasi-destinasi yang menarik boleh dilawati di sekitar Bandar Kota
KInabalu
Apa yang buatkan Bandar Kota Kinabalu ni sangat best,
pertama heaven dengan barangan shoping yang murah terutama
pelbagai hasil kraftangan daripada mutiara seperti keronsang,
butang baju melayu, rantai-rantai mutiara yang panjang-panjang yang mak datin
pakai dalam drama melayu memang banyak dijual, serius memang murah!.Tips kena
pandai tawar menawar tapi bukan setakat 30% tapi 70% ke atas serta
seminimun yang boleh harga yang barang yang hendak dibeli selalunya
memang akan dpat best price bergantung kepada season anda pergi.
Kedua makanan yang dijual sangat fresh dan pelbagai
pilihan tambah-tambah di pasar malam! jadi cubalah antaranya kepak
ayam bakar, makanan tradisional etnik sabah dan seafood itu wajib cuba! murah
serta saiznya besar-besar pulak tu! Kawan saya ada cakap dekat kk ni seafood
fresh memang dijual agak murah tapi bila dah dimasak harga dia berganda-ganda?
saya tak pasti kerana mencari makanan bukan agenda utama saya bercuti
disini.
Ketiga kalau nak beli barang cenderahati macam
Fm, baju t-shirt i love sabah, keychain, barang-barang mutiara memang
saya recomended anda untuk ke Pasar Malam Kampung Air harga
barang begitu memang murah dijual, jauh berbeza harga di pusat Kraftangan atau
Pasar Filipina *harga tak tetap bergantung kepada nasib dan skill tawar
menawar* lepas tu muka kena tebal banyak kalau nak dapat best price :P
Jadi apa tunggu lagi bah
datang Sabah bah..
Read more...
SYABAS SKUAD HARIMAU MALAYSIA (U22)
SYABAS SKUAD MALAYSIA (U22) SELEPAS
MEMBENAM MYANMAR (U22)
Keputusan semasa perlawanan persahabatan malaysia u22 vs myanmar
u22 hari ini. Mampukah skuad kendalian last minit Ong Kim Swee ini untuk melakar
sesuatu dalam perlawanan kali ini. Ini merupakan persiapan pasukan harimau muda
ini untuk merampas kembali pingat ibu segala emas sukan sea kuala lumpur 2017.
Myanmar adalah pasukan yang sama dengan malaysia dalam kumpulan
A. Datuk ong kim swee harus ambil take note apa keputusan perlawanan yang
berlaku dan juga kena ada postmortem yang mendalam jika mahu pasukan malaysia
berada di kelas yang tersendiri.
MALAYSIA
(2) VS (0) MYANMAR
Thanabalan 26′
Danial Asyraf 82″
Read more...
PANDUAN UNTUK MENJADI PEMANDU BERHEMAH
1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika
anda berasa letih, mengantuk, di bawah pengaruh alkohol atau berada dalam
keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan anda. Jangan biarkan emosi
menguasai gaya pemanduan.
2. Pastikan kenderaan dalam keadaan baik.
3. Sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika memandu.
4. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan. Jangan
memandu melebihi had laju.
5. Pemandu harus mengekalkan jarak yang selamat antara kenderaan di hadapan supaya mempunyai ruang yang mencukupi untuk berhenti sekiranya ada situasi merbahaya di hadapan.
6. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
7. Peka jika kereta membelok dengan tiba-tiba untuk mengelak lopak air atau lubang besar di jalan raya.
8. Sentiasa mematuhi lampu isyarat. Jangan melanggar lampu isyarat.
9. Berhati-hati ketika memandu terutama ketika hujan lebat. Tayar mungkin hilang daya cengkaman pada permukaan yang basah.
10. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk keluar.
Read more...
KECANGGIHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT MASA KINI
KEMUNCULAN Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) dan internet membawa satu keadaan yang disebut oleh Marshall Mc Luhan,
dunia sebagai sebuah perkampungan global. Situasi ini juga digelar sebagai
globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Internet dilihat sebagai media massa yang
paling dinamik abad ini, bersifat interaktif dan menarik pelbagai lapisan
masyarakat untuk menggunakannya. Internet tidak seperti televisyen dan radio,
ia menjadi gudang pengetahuan dan maklumat yang cukup besar.
Masyarakat boleh mendapat banyak faedah
daripada internet yang terdiri daripada pelbagai bahan untuk perniagaan,
pendidikan, hiburan, dan semua yang diinginkan. Dengan ada Web 2.0, kedatangan
media sosial (MS) menjadikan landskap perkongsian maklumat berubah. Penggunaan
MS adalah trend masakini, terutama dalam kalangan generasi muda. Hasil kajian
dijalankan mengesahkan bahawa pengetahuan/celik menggunakan MS adalah yang
tertinggi berbanding dengan aplikasi internet lain dalam kalangan pengguna
Internet muda. Namun, wujud masalah dalam isu literasi berkaitan penyebaran
maklumat melalui MS. Pengguna harus tahu bahawa MS boleh digunakan untuk
kebaikan atau keburukan.
Ia adalah sejenis alat yang jenis
penggunaannya adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Dalam erti kata
lain, MS atau internet adalah pedang dua mata. Namun begitu, masih ramai orang
melihat internet sebagai penyumbang kepada gejala tidak bermoral dengan
penyebaran bahan pornografi. Kebelakangan ini, banyak isu berkaitan penyebaran
maklumat negatif melalui MS. Dalam masyarakat sivil, ada garis panduan dan cara
mengatasi salah guna sumber atau maklumat yang tersebar sama ada baik atau
buruk. Jadi, jika garis panduan ini diikuti dengan baik, pengguna internet dan
MS tidak akan dipengaruhi dengan kejadian yang tidak diingini seperti
penyebaran berita palsu. Jika maklumat yang disebarkan belum terbukti
kesahihannya, prinsip kesahihan harus digunakan. Sebelum menyebarkan sesuatu
maklumat, gambar atau video yang diterima, adalah wajar untuk memastikan
kesahihan maklumat yang diterima. Ini adalah langkah terbaik untuk mengelak
kita terjerumus dalam dosa kerana berkongsi sumber atau maklumat yang tidak
benar.
Tambahan lagi, menyebarkan sesuatu maklumat
yang berkaitan orang ketiga akan membawa kesan buruk terhadap individu atau
kumpulan tertentu. Maklumat palsu Maklumat palsu kadangkala direka hanya untuk
menjatuhkan seseorang individu atau sebuah organisasi. Jika tidak dibendung
dari awal akan membawa kepada pergaduhan dan fitnah. Pada zaman MS ini, ada
segelintir masyarakat menggunakan MS untuk menyebarkan fitnah. Tambahan pula
kita mesti saling tegur-menegur supaya fitnah tidak dijadikan amalan. Jika
tidak, masyarakat akan dilanda huru-hara. Hari lebaran sedang kita raikan dan kemeriahannya
terasa. Namun, kita tidak boleh nafikan kemeriahan raya, silatulrahim akan
turut menerima kesan dengan penggunaan media sosial yang berleluasa pada masa
kini.
Walaupun media sosial itu banyak kebaikannya
tetapi janganlah kita membiarkan media sosial mengganggu kemeriahan hari raya
dan silaturahim pada hari yang mulia ini. Saya merasakan ramai yang turut
berkongsi kebimbangan seperti saya. Dalam dunia globalisasi hari ini,
penggunaan media sosial sememangnya tidak dapat dielakkan dalam kehidupan seharian.
Ia sudah menjadi sebahagian aktiviti harian dalam kehidupan sosial masa kini
kerana salah satu peranan utamanya ialah untuk interaksi sosial. Seseorang
mungkin bertanya adakah media sosial boleh membuatkan kita menjadi antisosial?
Ini kerana di mana sahaja sama ada di rumah dan tempat awam, setiap pengguna
media sosial begitu asyik dengan alat peranti masing-masing sehingga
mengabaikan orang lain yang berada bersebelahan atau berhampiran. Keseronokan
yang berlebihan terhadap alat peranti dan penggunaan media sosial menjadikan
seseorang itu boleh lupa diri kerana terlalu khayal dengan kecanggihan yang
semuanya boleh dicapai melalui hujung jari. Akibatnya, orang sebelah menjadi
jauh dan orang jauh menjadi dekat. Kita berkomunikasi dengan orang jauh melalui
alam maya tetapi kita lupa bahawa kita mengabaikan komunikasi dengan orang
berhampiran kita.
Pada masa perayaan sekarang, media sosial
digunakan untuk menghantar ucapan kepada keluarga dan rakan-rakan.
Sekurang-kurangnya dengan cara ini kad raya secara konvensional digantikan
melalui satu kaedah yang tidak memerlukan kos dan cepat. Penggunaan media
sosial di musim perayaan ini haruslah dikawal agar perjumpaan bersama sanak
saudara untuk memeriahkan hari lebaran itu menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan.
Inilah masanya kita mendekatkan silatulrahim sesama ahli keluarga.
Masing-masing harus tepuk dada dan tanya
selera patutkah kita membenarkan media sosial membayangi sambutan lebaran iaitu
hari yang diisytiharkan sebagai 'hari kemenangan' setelah melalui satu latihan
selama sebulan pada Ramadan menahan lapar dan dahaga serta mengawal nafsu
terhadap urusan duniawi yang lain dari subuh hingga senja? Saudara-mara perlu
perhatian Sudah tentu tidak. Jika begitu, kita harus mengawal diri terutama
pada aplikasi popular seperti whatsApp dan telegram. Kedua-dua aplikasi ini
akan berstatus online 24 jam sehari melainkan kita mematikan data pada telefon
pintar masing-masing.
Read more...
Sinopsis Spider-Man: Homecoming ( 2017 )
>> Thursday, July 13, 2017
Sinopsis Spider-Man: Homecoming ( 2017 )
Sutradara: Jon Watts
Penulis: John Francis Daley, Jonathan M. Goldstein
Pemain: Tom Holland, Zendaya Coleman, Robert Downey Jr., Michael Keaton, Marisa Tomei, Donald Glover, Logan Marshall-Green, Tony Revolori, Kenneth Choi, Martin Starr, Hannibal Buress, Laura Harrier, Abraham Attah, Michael Barbieri, Garcelle Beauvais, Tiffany Espensen, Angourie Rice
Film aksi barat berjudul “Spider-Man: Homecoming” ini merupakan film yang bercerita tentang aksi dari seorang anak muda bernama Peter Parker ( Tom Holland ) yang menjadi seorang Spider-Man dan kini dia dibantu atau dimentori oleh Tony Stark ) Robert Downey Jr. ) untuk membuatnya menjadi lebih hebat. Spider-Man akan berhadapan dengan musuhnya yang bernama Vulture ( Michael Keaton ) yang aksinya dengan meneror kota dan karena keselamatan dari para warga kota maka Spider-Man harus menghentikan aksi dari Vulture.
Read more...
TANGISAN AKINABALU
Dialog dalam Filem Tangisan Akinabalu arahan Dato Jurey Latiff Rosli ini buli buat bulu roma kita berdiri jika dihayati betul-betul.
"Saya Malim Gunung, Kalau S...aya Mati Sekalipun Tempat Saya di atas Sana" ketika malim gunung dihalang naik ke gunung atas alasan keselamatan bagi kerja-kerja menyelamat selepas gempa bumi berskala 6.0 di gunung Kinabalu.
Filem Tangisan Akinabalu ini akan membawa kita merasai detik-detik yang dialami oleh pendaki ketika gunung kinabalu bergoncang kuat akibat gempa bumi.
IMBAS KEMBALI GEMPA BUMI SABAH 2015
Gempa bumi Sabah 2015 pada 6.0 skala richter berlaku di sekitar Ranau, Sabah pada jam 7.15 pagi , hari Jumaat 5 Jun 2015. Pusat Gempa Bumi Dan Tsunami Nasional melaporkan gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Tambunan, Tuaran, Pedalaman, Kota Kinabalu , Kota Belud, Inanam, Kota Marudu, Kudat, Likas, Penampang, Putatan, Kinarut, Papar, Beaufort, Keningau, Sandakan, Kunak, Tawau,Labuan, Lawas, Limbang Miri dan Bandar Seri Begawan di Brunei.
Seramai 52 daripada 189 pendaki yang terkandas di puncak Gunung Kinabalu berjaya dibawa turun dengan selamat. Pusat Kawalan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Sabah di Pondok Timpohon menyatakan enam pendaki mengalami kecederaan termasuk seorang warga Turki. Setakat pukul 3.20 petang , 137 pendaki masih lagi berada di Gunung Kinabalu iaitu 105 pendaki bersama 32 malim gunung berada di puncak. Selebihnya berada di sekitar kawasan termasuk Laban Rata. Dua mangsa dilaporkan hilang selepas tiada di kawasan pengumpulan mahupun laluan pendakian.
18 orang terbunuh termasuk Pendaki dan malim gunung dari negara Malaysia (6 orang), Singapura, Australia, Kanada, China, Denmark, India, Japan, Kazakhstan, Belanda, Filipina, Korea Selatan, Thailand, Turki, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Menariknya tentang Filem Tangisan Akinabalu ini adalah semua watak utamanya dilakonkan sepenuhnya oleh Anak Sabah. Jadi Kalau Bukan Siapa Lagi yang akan menyokong mereka.
Nantikan kemunculan Filem ini di pawagam berdekatan dan sebagai tanda sokongan kepada semua pihak yang terlibat menghasilkan filem ini, mohon kongsikan Trailer ini
Subscribe to:
Posts (Atom)