HATI SEORANG YANG BERGELAR ANAK
>> Friday, July 14, 2017
Di sebuah kampung, tinggalah sebuah keluarga yang teramatlah
miskin.Keluarga itu terdiri daripada seorang ibu yang telah hampir uzur bernama
Mak Lamah serta dua anaknya yang bernama Malik dan Adi. Malik merupakan anak
sulung yang berumur 14 tahun. Mak Lamah telah kehilangan suaminya sejak Malik dilahirkan.
Suaminya itu meninggal dunia kerana telah terjatuh dari sebuah bangunan yang
tinggi ketika sedang menjalankan tugas membuat bangunan. Mak Lamahlah yang
menyara kehidupan mereka sekeluarga walaupun beliau telah hampir uzur.
“Mak, sedap sungguh sarapan pagi ini!”
kata Malik sambil memakan ubi kayu bercecah semangkuk garam. “Malik, sebentar
lagi sekolah akan bermula jadi kamu mesti bergegas ke sekolah.” kata Mak
Lamah.Kemudiannya,emak Malik menghulurnya wang saku sebanyak empat puluh sen.
Walaupun Malik malu dengan jumlah wang yang diberikan ,namun Malik tetap
mengeraskan hatinya untuk lebih memahami kesusahan hidup mereka.
Pada suatu pagi ketika Malik sampai ke
pintu pagar sekolah, tiba-tiba sekumpulan pelajar nakal menyergah ke arah Malik
lalu mengugutnya agar menghulurkan kesemua wang sakunya. Malik tetap tabah
menghadapi segala dugaan tersebut walaupun telah kerap kali dia diugut oleh
mereka. “ Macam biasa, duit mana? ” tanya salah seorang daripada ahli kumpulan
pelajar nakal tersebut. “ sa..saya bawa dua puluh sen sahaja hari ini” kata
Malik. Walaupun jumlah wang tersebut hanya sedikit namun mereka tetap berkeras
hati untuk mengambilnya.
Ketika waktu rehat, semua pelajar
bergegas ke kantin untuk membeli makanan. Namun Malik duduk berseorangan di
sebuah pondok berdekatan dengan kantin tersebut. “ Hai..apalah malang nasibku,
telah kerap kali wangku dirampas” bisik hati Malik. Air mata perlahan-lahan
turun mencucuri pipinya. Pelajar-pelajar yang melintasi di pondok itu semuanya
mentertawakan Malik. Malik tetap menguatkan hatinya. Dengan sedih bercampur
hibah Malik berjalan perlahan-lahan ke arah sebatang paip. Malik lalunya
menghirup air paip tersebut perlahan-lahan sambil melinangkan air matanya.
.Malik telah beberapa kali menghirup air paip itu walaupun perutnya sering
sakit memulas-mulas kerana terminum air paip itu. Walaupun dalam kepayahan itu
namun Malik tetap menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan
guru-guru serta ibunya kerana takut akan dibuli oleh rakan-rakan yang nakal
itu.
Pada suatu ketika Malik pulang dari sekolah
ibu serta adiknya tidak berada di rumah. Malik memanggil ibu serta adiknya
sambil mencari mereka namun kelibat mereka tidak kelihatan. Malik mula merasa
bimbang. “ Ibu…ibu… ?” suara Malik kedengaran lebih kuat. Namun suaranya tidak
disahut oleh ibu ataupun adiknya. Malik mula merasa bingung. Setelah satu
menjelang senja ibu serta adik Malik masih belum pulang lagi. Hari semakin
gelap dan diselubungi oleh suasana suram dengan hujan yang sudah mula turun. “
Oh, Tuhan apalah malangnya nasibku ini, sudahlah ditinggalkan ayah, ibu dan
adik juga telah hilang, “ demikian keluhan hati Malik.
Sambil memikirkan ibu serta adiknya
Malik akhirnya telah tertidur di atas tangga rumah kerana keletihan.
Tanpa disedari di dalam tidurnya air mata Malik telah bergenang di
pipinya. Setelah menjelang malam Malik telah tersedar apabila tubuhnya telah
digoncang oleh seseorang. Apabila membuka matanya rupa-rupanya sekujur tubuh
yang berada di sisinya ialah ibu serta adiknya. Sambil meraung kesedihan Malik
telah memeluk ibu serta adiknya. “Sampai hati ibu meninggalkan Malik
sendirian,” kata Malik sambil menangis tersedu-sedu. Ibu Malik sangat terharu
dengan kata-kata Malik. “Ibu minta maaf kepada Malik kerana telah meninggalkan
Malik sendirian tanpa pesan.” Kata ibu Malik. Ibu Malik menjelaskan bahawa pada
siang tadi ibu terpaksa membawa adik ke klinik kerana sakit. Ibu terpaksa
berjalan kaki sejauh enam kilometer semata-mata untuk mendapatkan rawatan
kepada adik yang sakit. Tanpa wang belanja ibu terpaksa meredah kepayahan
berjalan kaki sejauh enam kilometer. Walaupun dalam keadaan payah namun ibu
berusaha untuk menyembunyikan perasaannya. “Malik, adikmu sakit dan perlukan makanan
serta susu.” Keluh ibu dengan perasaan sangat sedih. Sambil mengusap air mata
di pipi ibunya Malik memberitahu kepada ibunya bahawa di belakang rumah mereka
ada sebuah tin buruk yang disimpannya sekian lama telah dipenuhi dengan duit
siling yang telah diberikan sejak arwah ayahnya masih hidup. Duit tersebut
adalah hasil daripada simpanannya sejak sekian lama. “Ibu, sebenarnya selama
ini Malik tidak pernah menggunakan wang yang ibu serta ayah beri dulu tetapi
sebaliknya duit itu Malik telah simpan di belakang pokok pisang sebagai duit
belanja apabila ditimpa kesusahan.” Ibu Malik sangat terharu mendengar cerita
Malik bahawa selama ini rupanya Malik hanya menghirup air paip di sekolah
semata-mata untuk mahu mebantu kemiskinan keluarganya. Ibu Malik tidak
henti-henti menitiskan air matanya sambil memeluk Malik. “Oh, Tuhan hamba
bersyukur ke hadratmu kerana telah memberikan anak yang berhati mulia ini.”
Apabila mengenangkan semula peristiwa itu tanpa Malik sedari air mata di
pipinya akan jatuh menitis. Kini, Malik bukan lagi seorang budak miskin tetapi
telah menjadi seorang jutawan yang sangat budiman. Sikap Malik yang dermawan
telah menjadikan namanya menjadi sebutan.
0 comments:
Post a Comment