INSPIRASIKAN DAN MOTIVASIKANLAH HIDUP ANDA UNTUK MENCAPAI TUJUAN DAN CITA-CITA HIDUP YANG ANDA INGINKAN. JANGAN JADIKAN DUGAAN, CUBAAN DAN RINTANGAN MEMATAHKAN SEMANGAT ANDA

MATA MEMANDANG RUPANYA

>> Tuesday, June 23, 2009

Baru-baru ini, saya menulis 'disebalik diari dari Kampung'. Pada mulanya saya hanya mengungkapkan beberapa perkataan biasa dan fakta biasa. Namun begitu, saya tidak menyangka yang saya menerima 117 email, 36 panggilan telefon, 14 surat dan hanya 2 ulasan komen dalam blog.

Saya agak terkejut dengan situasi tersebut, apa tidaknya saya langsung tidak pernah terfikir menerima berbagai cadangan, kritikan dan teguran berhubung penulisan 'disebalik diari dari kampung' yang hanya tiada makna apa-apa bagi pembaca biasa. Namun, banyak golongan profesional yang mengambil point berhubung perkataan-perkataan dan menyimpulkan makna disebaliknya.

Walau bagaimanapun, saya ucapkan terima kasih atas semua maklum balas tersebut, ini kerana saya memang menduga sejak awal lagi banyak ungkapan dalam penulisan saya menjadi bahan utama kepada mereka yang benar-benar kenal dengan penulisan. Ingin saya jelaskan sekali lagi.... 'tumpahnya secawan kopi' di atas lantai menyebabkan lantai akan kotor. Justeru itu, tindakan rakan-rakan saya membersihkan kotoran kopi tersebut secara perlahan-lahan menggunakan kain berjenama 'INDEKS KPI' dan 'MATA' menyebabkan ramai yang terkejut daripada hayalan, mimpi dan angan-angan.

Pernahkah anda terfikir, jika anda dan semua rakan anda termasuk bos anda pergi bekerja awal pagi dan tiba di depan pintu tempat kerja anda, anda dan semua yang ada terkejut melihat surat 'CINTA' untuk setiap orang daripada anda dan notis 'CINTA' menyatakan anda diberhentikan kerja dan mungkin alasan kualiti kerja anda kurang memuaskan, anda selalu keluar masa bekerja, anda bersalah kerana rasuah dan bermacam-macam alasan lagi yang diberikan kepada setiap orang.

Justeru itu, jika anda tidak ingin jadi begitu belajarlah berubah. Ingatlah anda bekerja untuk menyara keluarga, pekerjaan anda pula untuk masyarakat dan tujuan kerja yang diberikan kepada anda adalah untuk membantu daerah, negeri dan negara.

Ketahuilah kepada semua yang terasa 'ANDA SEDANG DIPERHATIKAN' Oleh itu, kalau anda orang politik berpolitiklah cara baik, kalau anda seorang pekerja jangan sibuk berpolitik atau membuat projek, kalau anda seorang penerima rasuah, seorang penipu atau seorang tamak....... INGATLAH... BERUBAHLAH..... Jangan sampai sambungan diari akan datang menceritakan kisah anda dan kerabat anda.' Tunaikanlah kewajipan anda sebagai 'PEKERJA, PETANI, NELAYAN dan PENIAGA. anda dan kerja anda telah diketahui oleh sebiji mata yang sedang memandang anda rupanya.

0 comments:




About This Blog




Lorem Ipsum



  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP