titipan : ETIKA PENULISAN BLOG
>> Thursday, December 10, 2009
Salam Satu Malaysia...
Dalam membuat satu penulisan blog di era globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Berikut terdapat kod etika penulisan blog yang patut dipatuhi oleh semua penulis blog seperti yang disarankan oleh Dato' Seri Perdana Menteri dalam kenyataan blog 1Malaysia semalam.
1. Jujur dan adil dalam mendapatkan, melaporkan dan menginterpretasi maklumat.
2. Dilarang sekali menciplak.
3. Mengenalpasti dan membuat pautan pada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan.
4. Tidak dibenarkan menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat atau sahih dan setiap penyiaran atau penerbitan maklumat yang boleh dipersoalkan, justeru semua maklumat perlulah diperjelaskan akan keraguan tentang maklumat disiarkan.
5. Membuat perbezaan antara sokongan, komentar dan maklumat berdasarkan fakta benar.
6. Mengakui sekiranya melakukan kesilapan dan perlu memperbetulkan segera kesilapan tersebut bagi mengelakkan kesangsian atau permasalahan.
7. Memperlihatkan citarasa yang baik dan perlu mengelakkan daripada memenuhi kehendak rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensai.
Berdasarkan maklumat diatas, adalah wajar kepada kita semua penulis blog untuk memikirkan sesuatu sebelum membuat sebarang ulasan atau penulisan agar tidak menimbulkan masalah yang boleh memporak-perandakan masyarakat.
0 comments:
Post a Comment