HARGA ROKOK 1 JANUARI 2009
>> Sunday, December 27, 2009
Pewartaan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga dinamakan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan)(No 2) 2009 akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2010. Sehubungan itu, harga pasaran bagi sebatang rokok minimum telah ditetapkan pada harga RM0.32 dan ini menjadikan harga minimum 20 batang rokok adalah RM6.40 Sekotak.
Namun begitu, mungkin harga ini masih dianggap rendah oleh segelintir orang yang merokok. Malahan, kebarangkalian bagi mengurangkan tabiat merokok adalah rendah disebabkan harganya yang masih mampu digapai atau dibeli oleh golongan perokok.
Tetapi, bagaimana sekiranya harga rokok ditetapkan RM1.00 sebatang? dan RM20.00 bagi satu kotak rokok? secara realitinya, kemungkinan tabiat merokok dikalangan golongan perokok mahupun mereka yang baru mula berjinak-jinak merokok akan berkurangan atau berhenti terus.
Justeru, akta cukai untuk harga rokok perlu ditambah baik dan digubal semula dalam merealisasikan wawasan Malaysia Bebas Rokok dan 'Tiada Rokok, Tiada Penyakit'.
0 comments:
Post a Comment