TERUJA 'PESTA JAGUNG 2009'
>> Thursday, November 19, 2009
Ketika saya melangkah masuk Lif yang terdapat di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah yang terletak di Kota Kinabalu. Saya teruja dan terharu apabila saya mendengar sambutan daripada warga penjawat awam persekutuan dan negeri yang ingin berkunjung ke Daerah Kota Marudu pada 21 dan 22 November 2009 ni.
Antara intipati kandungan perbualan yang asyik kita dengar sekarang ialah berkenaan 'PESTA JAGUNG 2009'. Rata-rata orang perseorangan yang saya temui, semuanya rasa seronok apabila dapat pelepasan jabatan untuk bersama-sama menjayakan program tersebut, walaupun di buat di luar Daerah Kota Kinabalu.
Apapun, syabas dan tahniah kepada semua warga Kompleks Persekutuan, Badan Berkanun dan Pentadbiran Negeri kerana memberi kebenaran kepada penjawat awam bersama-sama memeriahkan 'PESTA JAGUNG 2009' di Kota Marudu.
0 comments:
Post a Comment