CADANGAN : KENAKAN HUKUMAN BERAT KEPADA PEMILIK ATAU PENJUAL VCD HARAM
>> Tuesday, November 10, 2009
Pada hari ini, terdapat beberapa kelemahan tentang Akta Hak Cipta 1987 yang patut kita perbaiki dan perbetulkan. Ini kerana, setiap perkara berhubung Hak Cipta adalah perlu diteliti dan diperhalusi mengikut keadaan semasa.
Jika kita melihat atau memerhatikan tentang keadaan persekitaran Bandaraya Metropolitan Kuala Lumpur atau Bandaraya Kota Kinabalu, terdapat beberapa orang penjual VCD Haram selalu mengunjungi pelanggan sama ada tengah membeli-belah atau yang sedang menikmati makan malam semata-mata menjual VCD cetak rompak atau Haram mereka. Perkara sebegini adalah menjijikkan kepada masyarakat, budaya kita dan pelancong asing.
Oleh itu, cadangan mengenakan tindakan lebih berat kepada mereka yang menjual dan memilikinya adalah perlu dan harus dibuat kajian semula agar perkara sama tidak berlaku lagi. Terutama, berhubung VCD Haram yang termasuk dalam Akta Hak Cipta 1987. Iaitu, menerangkan hanya individu yang memiliki tiga keping atau lebih VCD haram akan dikenakan tindakan undang-undang. Di dalam akta sekarang, sekiranya seseorang itu memiliki sekeping VCD haram tidak salah, tetapi jika memiliki lebih daripada tiga keping baru boleh diambil tindakan.
Persoalannya, bagaimanakah undang-undang yang ada boleh menyekat perkara ini? Justeru, adalah wajar jika Kerajaan membuat kajian semula tentang Akta ini kerana kita tidak mahu satu hari nanti teknologi lebih maju ke hadapan daripada undang-undang sedia ada dan jika ini berlaku bermakna undang-undang tidak dapat menyekat VCD Haram.

Semoga dalam sesi persidangan parlimen tahun depan perkara ini dapat diketengahkan dan dibahaskan.
0 comments:
Post a Comment