JKR TIDAK PERLU DAPATKAN KELULUSAN PBT LAKSANAKAN PROJEK
>> Thursday, October 8, 2009
Saya amat setuju dengan cadangan yang merupakan kenyataan ditunggu-tunggu dikemukakan oleh Menteri Kerjaraya pada hari ini (8 Oktober 2009) Datuk Shaziman Abu Mansor berhubung Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu tidak perlu lagi mendapatkan Kelulusan Kebenaran Merancang daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melaksanakan semua projek-projek di bawah agensi itu.
Justeru itu, selepas ini JKR hanya perlu menyerahkan senarai cadangan projek beserta pelan dan dokumen kepada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri sebelum melaksanakan projek.
Ini bermaksud urusan tersebut hanya memerlukan masa 14 hari untuk sesuatu projek JKR diluluskan berbanding tiga bulan sebelum ini malah ada yang terpaksa ditangguh sehingga enam bulan.
Semoga Daerah Kota Marudu dan Pitas akan berubah wajah pada masa akan datang.
Syabas Datuk.
0 comments:
Post a Comment