INSPIRASIKAN DAN MOTIVASIKANLAH HIDUP ANDA UNTUK MENCAPAI TUJUAN DAN CITA-CITA HIDUP YANG ANDA INGINKAN. JANGAN JADIKAN DUGAAN, CUBAAN DAN RINTANGAN MEMATAHKAN SEMANGAT ANDA

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

>> Monday, September 14, 2009

Tarikh 16 September merupakan tarikh keramat Hari Malaysia. Oleh itu, Sempena menyabut Hari Malaysia pada 16 September 2009, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA dan hari ini adalah juga hari yang paling menggembirakan semua warga Malaysia, Penduduk Sabah dan masyarakat Daerah Kota Marudu khususnya.

Justeru, marilah kita bersama-sama mencipta kecemerlangan diri, keluarga, bangsa dan negara untuk menjadi yang terbaik daripada yang paling terbaik. Singkirkan semangat menghasut, memfitnah dan mengadu-domba sesuatu perkara yang remeh-temeh.

Wahai bangsaku, wahai wargaku, wahai masyarakatku... ayuh bangunlah, bangkitlah daripada kealpaan dunia. Jadilah insan yang paling mulia bermula dengan azam baru untuk bersatu-padu, berganding bahu, bermuafakat dan bermuhasabah diri untuk terus mengekalkan adat budaya ketimuran kita dan jangan lalai dengan kemewahan dan pujian diterima.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

1 comments:

peminat rahsia September 14, 2009 at 10:28 PM  

selamat menyambut hari malaysia tuan....




About This Blog




Lorem Ipsum



  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP