PERANAN MDKM?
>> Thursday, August 13, 2009
Terdapat 2 prinsip sistem pentadbiran yang dijalankan MDKM sebenarnya. Iaitu
a. Diluar bidang kuasa (ultra-vires)
b. Keupayaan yg kompeten (general competence)
oleh yang demikian MDKM telah diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk menentukan kehidupan masyarakat agar berada pada tahap optimum.
selain itu, pengawalan binaan bangunan merupakan satu lagi fungsi yang dipertanggungjawabkan kepada MDKM untuk dilaksanakan melalui Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
Terdapat 3 lagi akta yang mempunyai kaitan rapat dalam MDKM dan merupakan wajib dikuatkuasakan sejak mula penubuhan MDKM. Iaitu, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154), Akta Makanan 1983 (Akta 281) dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
Jika diimbas kembali dalam seksyen 72 dan seksyen 102, MDKM sepatutnya mengawal pencemaran sungai, kebersihan bangunan dan tanah, mengawal pemeliharaan binatang ternakan, menjaga kesihatan awam, mengawal iklan dan premis perniagaan.
Secara totalnya pula, jika ada pewartaan secara rasmi kawasan baru yang bakal menjadi area pembangunanMDKM. Adalah wajar, jika semua kerja-kerja termasuk di kampung-kampung diberikan sepenuhnya kepada MDKM atau pemaju untuk diselenggara.
Antaranya, membaiki pagar halaman rumah di kampung, memotong rumput di halaman rumah orang-orang kampung, membersihkan halaman dan rumah orang-orang kampung jika kotor dan bermacam lagi. Justeru, kewajaran membayar cukai oleh penduduk kampung barulah rasional dan mungkin tiada masalah setakat beberapa banyak cukai dikenakan MDKM.
Namun, persoalan timbul dibenak penduduk kampung sebenarnya ialah;
Dimana WARTA kawasan MDKM dipaparkan?
Bila diWARTAKAN?
Apa bukti peWARTAan dibuat?
Bagaimana dan siapa meluluskan atau mengesahkan WARTA tersebut?
Jika WARTA telah lama wujud, mengapa sekarang baru ada istilah CUKAI TAKSIRAN/CUKAI PINTU?
Sebagai renungan bersama, PELENCONGAN daripada batasan kuasa yang ditetapkan akan menyebabkan keputusan yang dibuat MDKM sebagai 'ULTRA-VIRES' apabila semakan dan tindakan MAHKAMAH dibuat oleh penduduk Kampung.
0 comments:
Post a Comment