INSPIRASIKAN DAN MOTIVASIKANLAH HIDUP ANDA UNTUK MENCAPAI TUJUAN DAN CITA-CITA HIDUP YANG ANDA INGINKAN. JANGAN JADIKAN DUGAAN, CUBAAN DAN RINTANGAN MEMATAHKAN SEMANGAT ANDA

Sedikit Sudut Pandangan Kemajuan Utara Negeri Sabah

>> Friday, December 18, 2009

Saban hari dan tahun kita sering memperkatakan sesuatu yang lebih menjurus kepada budaya, agama dan perpaduan masyarakat. Namun, sedar atau tidak kita masih lagi dibawah golongan pemikir yang berada ditapuk kesederhanaan.

Ingin saya kongsi sedikit maklumat berhubung dengan pandangan kemajuan yang masih malap di Utara Negeri Sabah.

1. Utara Negeri Sabah masih lagi dikategorikan sebagai kawasan mundur dari segi pembangunan Modal Insan. Ini kerana, kurangnya suara yang boleh menjadi pemangkin kepada kemajuan dari segi pelaburan menarik. Contohnya, perlu dibangunkan satu pusat pengajian tinggi yang boleh menarik lebih ramai masyarakat samada, Universiti Tempatan atau Kolej Pengajian Luar Kampus.

2. Kurangnya promosi pengenalan kepada Utara Negeri Sabah, terutama dari segi pelancongan, ini kerana banyak produk yang boleh diketengahkan kepada masyarakat luar. Seperti, budaya masyarakat berbilang kaum, banyak lokasi menarik masih belum diterokai, tinggalan sejarah ketamadunan setiap kampung yang berbeza, hasil kraftangan yang berbeza dengan tempat lain dan semangat perpaduan yang berbeza dengan daerah lain.

3. Kemudahan Infrastruktur pula, keadaan yang membawa kepada kurangnya perkembangan pengetahuan luar berhubung kawasan yang terdapat diutara Negeri Sabah, seperti kemudahan 'wi-fi', Jalan Raya yang masih jauh ketinggalan, terminal pengangkutan awam yang masih kurang memuaskan (tanpa bumbung), perhentian bas disetiap kampung tidak disediakan secukupnya, jalan raya utama dan jalan-jalan kampung masih belum ada lampu, bekalan air bersih tidak disediakan disesetengah tempat dan boleh dikatakan hanya 15% sahaja yang menerimanya.

Oleh yang demikian, adalah wajar jika kerajaan negeri dan persekutuan seterusnya wakil rakyat dikawasan ini dapat menarik perhatian kepada pembangunan sediaada, agar masyarakat sentiasa maju kehadapan seiring perkembangan arus perdana.

1 comments:

Anonymous December 20, 2009 at 9:12 PM  

'BETUL' tuan, saya setuju dengan cadangan ini. Tapi adakah wakil rakyat menyuarakannya?




About This Blog




Lorem Ipsum



  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP