INSPIRASIKAN DAN MOTIVASIKANLAH HIDUP ANDA UNTUK MENCAPAI TUJUAN DAN CITA-CITA HIDUP YANG ANDA INGINKAN. JANGAN JADIKAN DUGAAN, CUBAAN DAN RINTANGAN MEMATAHKAN SEMANGAT ANDA

PENDIDIKAN NEGARA PERLU DIBINCANG SECARA TOTAL

>> Wednesday, October 21, 2009


Saban tahun negara kita sering kali menghasilkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM mahupun peperiksaan di Institusi Pengajian Tinggi. Namun begitu, tidak ramai yang mengambil inisiatif bagaimana seharusnya ilmu pendidikan ini perlu digarap secara total apabila negara kita telah mula melangkah ke arah negara maju.

Secara teorinya, perbincangan demi perbincangan perlu dibuat bagi memartabatkan hala tuju pendidikan sedia ada. Ini bertujuan mengelakkan ilmu pendidikan itu tidak dipinggirkan begitu sahaja selepas meninggalkan alam persekolahan.

Adalah menjadi keutamaan kita sebagai masyarakat yang berilmu membantu menyuarakan pendapat atau cadangan bagaimana untuk kita memartabatkan dengan lebih tinggi lagi ilmu pengetahuan yang kita pelajari selama ini dan bukan berhenti begitu sahaja atau menyalahgunakan ilmu yang dipelajari.

Justeru, sempena Persidangan Perkembangan Baru Dalam Pendidikan tahun 2010-2012 yang dijadualkan minggu depan, yang akan diadakan di Institut Aminudin Baki (IAB) Genting Highlands, Pahang. Kita berharap satu ramuan baru dalam dunia ilmu pendidikan akan terhasil.

1 comments:

Anonymous October 22, 2009 at 3:14 AM  

ini satu pandangan yang baik. mungkin kita tidak pernah terfikir tentang benda seperti ini.




About This Blog




Lorem Ipsum



  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP