INSPIRASIKAN DAN MOTIVASIKANLAH HIDUP ANDA UNTUK MENCAPAI TUJUAN DAN CITA-CITA HIDUP YANG ANDA INGINKAN. JANGAN JADIKAN DUGAAN, CUBAAN DAN RINTANGAN MEMATAHKAN SEMANGAT ANDA

SEDIKIT KISAH MENARIK TENTANG S.A.M

>> Tuesday, September 1, 2009

Semasa saya berada di Sarawak, saya telah menerima SMS dan beberapa panggilan telefon berhubung artikel tentang 'CUKAI' yang dikuatkuasakan oleh MDKM baru-baru ini. Pada mulanya, saya menyangka bahawa seseorang cuba menguji atau mempermainkan saya. Namun, apabila saya amati dengan betul, suara dalam talian tersebut sebenarnya memaklumkan bahawa SAM telah mencapai satu tahap perjuangan yang diluar jangkaan saya. Justeru, saya segera maklumkan sanguru dan sdr Tompinai berkenaan topik tersebut dan mereka juga seolah-olah tidak percaya ianya adalah hasil penulisan atau perjuangan SAM.

Jika kita imbas kembali penulisan yang diutarakan oleh penulis-penulis SAM, ianya kelihatan seperti satu perbincangan kosong, satu luahan perasaan kosong atau satu kaedah memaparkan keadaan semasa kepada pembaca atau ahli SAM sahaja. Namun, berkat kegigihan ahli-ahli SAM, tidak sampai dua bulan artikel tersebut telah menarik perhatian Kerajaan.

Ianya dapat dilihat melalui agihan peruntukan buat pertama kalinya kepada PBT Sabah dan Sarawak seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini. Justeru, tidak hairanlah jika pada tahun 2010 banyak kemajuan dan perubahan ketara kepada daerah Kota Marudu khasnya.

TERIMA KASIH KERAJAAN PERSEKUTUAN...!

1 comments:

peminat rahsia September 14, 2009 at 10:30 PM  

wah.. hebatnya SAM, bagi saya Tuan lagi hebat.... ada banglo baru..
x jemput ker?




About This Blog




Lorem Ipsum



  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP