INSPIRASIKAN DAN MOTIVASIKANLAH HIDUP ANDA UNTUK MENCAPAI TUJUAN DAN CITA-CITA HIDUP YANG ANDA INGINKAN. JANGAN JADIKAN DUGAAN, CUBAAN DAN RINTANGAN MEMATAHKAN SEMANGAT ANDA

SEDIKIT ULASAN TAKLIMAT RMK-10

>> Monday, October 19, 2009


Rancangan Malaysia Ke-10, merupakan satu rancangan yang sangat kritikal dalam menuju impian, wawasan dan cita-cita negara menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

Hari ini merupakan hari yang sangat bermakna bagi saya apabila, sempat beramah mesra dengan YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, Ketua Menteri Sabah semasa merasmikan Taklimat Penyediaan RMK-10 (2011-2015).

Antara yang hadir pada majlis tersebut ialah Menteri-Menteri Kabinet Negeri Sabah, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk SUK, Datuk SUP, Ketua-Ketua Jabatan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Antara kata-kata yang sangat menggembirakan saya ialah apabila Datuk Seri Panglima mengatakan adalah perlu duduk berbincang bersama antara Persekutuan dan Negeri dalam merancang pelan RMK-10 yang akan dibentangkan di Parlimen Tahun Depan.

Selain itu, tumpuan kepada pembangunan luar bandar adalah antara pelan yang difikirkan perlu dalam RMK-10. Ianya termasuk Jalan raya, Bekalan Air Bersih, Bekalan Elektrik dan perumahan selain kerancakan sosioekonomi sebagai penterjemahan kepada penjenamaan semula pembangunan luar bandar negeri sabah.

Adalah menjadi harapan kita semua agar pembangunan segera dalam memajukan luar bandar negeri sabah dapat dipercepatkan seiring dengan slogan YAB Perdana Menteri iaitu;

1MALAYSIA....RAKYAT DIDAHULUKAN...PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

1 comments:

lembah danum October 21, 2009 at 1:56 AM  

yes bos.
semoga sabah dapat bnk peruntukan kali ini.




About This Blog




Lorem Ipsum



  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP